Friday, July 4, 2008

Perkembangan Fizikal Astekma




Sewaktu dibuka pada 21 Februari 1992 astekma hanya terdiri dari lima blok asrama lelaki, satu blok asrama perempuan, satu dewan makan yang dikongsi antara pelajar lelaki dan perempuan, satu pejabat warden yang dikongsi dengan penyelia asrama dan satu surau yang boleh menampung 450 jamaah.

Pada tahun 1995 dengan peruntukan RM1.5juta iaitu hasil pinjaman kerajaan melalui ADB 4 astekma telah berjaya menambah satu blok asrama perempuan, satu blok asrama lelaki, satu dewan makan lelaki, satu pejabat warden dan pembesaran surau yang boleh menampung seramai 800 jamaah.

Walaupun perkembangan fizikal astekma tidak begitu agresif tetapi saban tahun akan ada perubahan ke arah yang lebih rapi. Misalnya pada 2005 semua pagar kawasan sekolah dan asrama diletakkan dawai kerawat supaya tiada pencerobohan ke astekma.Pada tahun 2007 berkat usaha pihak pengurusan sekolah setiap blok asrama kini dihubungkan melalui laluan berbumbung (gajah menyusur).

Saban hari kita cuba untuk menuju kearah yang lebih ideal.

No comments: