Friday, August 15, 2008

My Sifu


My Sifu

Miss Li Na kawan saya yang baik, guru saya yang berdedikasi dan saya mengenali beliau sudah lama sejak beliau mengajar di SMTSM iaitu pada 1.8.1995. Ketika itu peluang untuk saya sambung belajar ke US memang terbuka luas dan saya cuba untuk menguasai bahasa inggeris melalui beliau kerana pada waktu itu beliau baru balik dari oversea. Banyak perkara yang saya belajar dari beliau.

(Hey...sebelum tu minta maap bebanyak kepada peminat Asrama Stesma kerana lama tak up-date blog ni...maklumlah kekadang keadaan tu tak menentu...tak macam mysifupunya blog....stesmaforever.....canggih sekali u).
Dan beliaulah juga yang memperkenalkan kepada saya bagaimana mengendali blok ni.....

Saya memang biasa memuji Miss Li Na kerana beliau memang rajin dan sentiasa bersemangat.
Pagi tadi beliau menceritakan kepada saya bahawa beliau amat kesal kerana ada pelajar yang sampai hati menggores kereta beliau dengan benda tajam dari hadapan sehingga belakang.

Mak..oiiiii ngape ade yang sakit hati dengan beliau.... cuba tengok bagaimana dedikasi beliau... datang sekolah pepagi dan balik antara yang paling lewat kekadang sehingga 5 ptg.

Apabila beliau menceritaklan kepada saya....memang saya pun marah...dan sebagai guru disiplin dan Ketua Warden saya memang sepatutnya memarahi pelajar tapi siapa punya angkara? saya sendiripun tidak tahu... dan seharusnya saya berhak menegurkan pelajar.

Kalaulah bilik access tu punya hal memang kita TIDAK AKAN BENAR LAGI pelajar masuk bilik tu....... kepada my sifu KUATKAN SEMANGAT DAN JANGAN PUTUS ASA.