Thursday, July 3, 2008

Latar Belakang Astekma




Asrama Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung dibuka pada 21 Februari 1992. Ambilan pertama penghuni asrama (tingkatan 4 -1992) ketika itu sekitar 197 orang iaitu 162 lelaki dan 35 perempuan. Kursus yang ditawarkan ketika itu ialah Aliran Vokasional Elektrik dan Elektronik dan aliran kemahiran Juru Domestik & Industri (JDI) dan Mekanik Radio & TV(MRTV).

Istimewa ketika itu ialah para warden semuanya bujang-bujang belaka. Pada tahun 1992 para warden ialah En Rosli Mat Piah (Menjalankan tugas Ketua Warden dan warden blok J), En Harith Abd Rahman (Blok J), En Mazelan Hassan dan En Suhaimi Ibrahim(Blok K), Ust Mat Yassim Ibrahim dan En Ishak Salasa(Blok L), En Mohd Shafie Abu Hanifah(Blok N-tiada penghuni) dan Allahyarham Pn Norsyakila Shahadin, Cik Noorini Suid(Blok H). Sementara blok M tiada penghuni dan tiada warden. Blok P dan G pula masih tidak wujud.

Pada 1 Ogos 1992 En Wan Yusaini wan Hassan(PK Hem-1997) melaporkan diri dan dilantik sebagai warden blok L. Pada 1 Disember 1992 En Azman Shabudin(Ketua Warden 1994 dan 2007) melaporkan diri dan dilantik sebagai warden blok M.

No comments: