Tuesday, July 15, 2008

ALUMNI STESMARIANZ





Ahad jam 10.40 pagi saya dihubungi oleh Presiden Ex-Stesma sdr Anuar bahawa saya perlu hadir dan merasmikan mesyuarat agung kali pertama STESMARIANZ.

Memang saya bercadang untuk hadir tetapi bukan merasmikan mesyuarat tersebut tetapi memandangkan hanya seorang guru sahaja yang hadir iaitu Cik Siti Mariam, maka saya bersetuju demi memberi semangat untuk meneruskan perjuangan Ex-Stesma kepada jawatankuasa yang hadir.

Walaupun yang hadir cuma sekitar 30 orang sahaja tetapi semangat dan kesungguhan mereka agak luar biasa. Ada yang membawa anak kecil, suami/isteri dan ahli keluarga masing-masing.

Ada yang datang dari Ipoh menaiki motosikal, dari KL, Shah Alam dan Seremban. Ada yang datang agak awal dan ada yang datang ketika mesyuarat sudah tamat. ITULAH CABARAN DALAM MENGENDALIKAN KERJA SUKARELA seperti ini.

Sebab itu dalam ucapan perasmian saya ada ceritakan pengalaman saya terlibat dengan Ex-TI Penang dengan tujuan untuk memberi semangat kepada AJK STESMARIANZ.

1 comment:

tentangseseorang said...

ahahaha
maaflah cikgu, saya tidak sempat untuk menjamu selera. tergesa-gesa untuk pulang ke KL kerana ada urusan yang mengejar :)

-jasdy-