Friday, July 4, 2008

Keluar Bandar -Outing





Keluar ke bandar memang merupakan salah satu aktiviti yang wajar diadakan oleh mana-mana asrama. Tidak terkecuali penghuni astekma. Sejak dibuka tahun 1992 sehingga kini 2008 budaya keluar ke bandar masih diteruskan.
Saya ingat lagi ketika menjadi Ketua Warden mulai ogos 1993 pelajar dibenarkan keluar bandar setiap minggu dimana pada minggu pertama pelajar lelaki keluar hari sabtu dan pada minggu hadapan mereka akan keluar hari ahad. Keadaan ini berselang-seli atara pelajar lelakidan perempuan. Mereka dibenarkan keluar hari sabtu kerana hari sabtu mereka boleh berurusan dengan bank atau pejabat pos.
Tetapi lama-kelamaan penghuni astekma gagal memanfaatkan masa keluar ke bandar dan warden memutuskan penghuni astekma memadai dibenarkan keluar ke bandar setiap dua minggu sekali berselang-seli lelaki perempuan. Namun hari ini pelajar hanya dibenarkan keluar ke bandar sebulan sekali sahaja dan itupun hanya 2 jam sahaja.
Pada tahu 1992 hingga 1996 kebiasaannya pelajar keluar ke bandar menggunakan perkhidmatan teksi kerana tiada bas yang melalui di hadapan Stesma. Ada juga yang menaiki bas tetapi berjalan kaki beramai-ramai melalui SM Seri Manjung untuk menunggu bas. Tetapi ramai yang selesa berjalan kaki terus ke bandar Seri Manjung.
Mulai 1997 apabila Hospital Seri Manjung beroperasi penghuni Astekma beruntung kerana ada bas lalu dihadapan hospital dan melalui hadapan Stesma dan mereka "outing" menggunakan perkhidmatan bas berkenaan. Tetapi malangnya setelah 10 tahun beroperasi, mulai pertengahan 2007 lalu perkhidmatan bas berkenaan telah ditamatkan.
Hari ini tiada lagi sebarang bas yang melalui di hadapan stesma mahupun dihadapan SM Manjung. Maka pada tahun 2008 pihak pengurusan Astekma telah menukar kaedah keluar ke bandar iaitu pelajar hanya dibenarkan keluar sebulan sekali sahaja dengan menggunakan perkhidmatan bas sekolah atau bas yang disewa khas apabila bas sekolah tidak dapat digunakan.
Mereka hanya dibawa ke pusat memabeli belah Giant selama dua jam di mana pelajar perempuan outing antara 10.30pg hingga 12.30 tgh dan pelajar lelaki 2.30ptg hingga 4.30ptg.

3 comments:

Girl hostal 94/95 said...

tahun 94-95 ada bas lalu, tapi lama giler batu nak tunggu. Penat berdiri, duduk mencangkong.. Agak2 sejam sekali ada kot bas.. Tapi kena menapak jauh arr..

Nirza said...

tahun 92/93 kami kalo nak ke pekan..fuhh!! maser tu maner ader bas yg nak bawak.. pendai sendirilah nak kemana..maser tu glamour Wisma Ganda dan juga Fajar..

kalo ingat balik teraser sangat rindunyer sebab byk sangat kenangan.

apa2 pun SMVSM tetap dlm kenangan..
kao buat reunion tu jemputlah org lama nih..

dan kalo boleh adakan semula majalah sekolah dari tahun first 1992..

oklah..

lolitas said...

salam...

a'ah lah GH.
bas punya lah susah nak dpt.
jalan lah kaki...pastu tak leh cross padang plak tu. kalau cross jugak konpom kena denda..
hehehe...
GH ni sapa eh? leh kenal...