Wednesday, October 29, 2008

Satu Kenangan







Satu kenangan.
Gambar saya, Cikgu Ghazali dan sebilangan gambar pelajar kursus PELUASAN.
Kursus peluasan adalah kursus kemahiran yang dipeluaskan kepada pelajar di sekolah yang ada disekitar Manjung.
Kami mengajar kemahiran menservis radio dan TV dan mereka mengambil amali SPM.
Kelas bermula 2.00-5.30 Petang, dua kali seminggu dan kami break untuk solat berjamaah bersama.
Kini SMT balik menawarkan kursus vokasional secara keseluruhannya mulai tahun 2009. Jadual waktunya balik kepada asal iaitu sebahagian pelajar dan guru akan balik antara jam 5-6 petang.
Gambar kedua diambil dalam dewan stesma. Dari kiri ustaz Mat Yassim Ibrahim, Cikgu Mohd Ali Abd kadir dan Allahyarham Cikgu Abu Kassim Abd Rahman. Baru-baru ini saya ditugaskan di SMT Sg Buloh. Saya telah didatangi oleh seorang guru, apabila beliau mengetahui yang saya dari SMT Manjung lalu beliau mengirim salam kepada Cikgu Abu Kassim.... sedihnya beliau tidak tahun bahawa sebenarnya cikgu Abu Kassim telah kembali ke rahmullah pada 12.5.2004. Semoga Allah mencucuri rahmatnya keatas roh Allahyarham Abu Kassim, seorang kawan yang baik.
Gambar ke tika ialah gambar kenangan saya, cikgu Ali, Cikgu Nyana dan Cikgu Jalal. Masa itu kesemua kami adalah warden di STESMA.

Friday, October 24, 2008

Fesyen Beg La Pulak







Fesyen Beg....



Beg sebegini tentu tak bawa buku... kalau adapun cuma beberapa buku tulis je.....



tapi inilah beg kegilaan remaja masa kini...entah pengaruh dari mana depa dapat.

Wednesday, October 22, 2008

Fesyen Seluar Ketat
















Sewaktu saya bersekolah dahulu sekitar tahun 1980-an, fesyen seluar ketat (Yenki) memang menjadi kegemaran pelajar. Tetapi seingat saya kami berseluar ketat hanya untuk seluar biasa sahaja bukan seluar sekolah.





Sewaktu saya mula-mula menjadi guru sekitar 1990-an, fesyen seluar kaki besar (Benggi) menjadi kegilaan pelajar SMV, penat saya dan warden menahan pelajar yang sengaja membesarkan kaki seluar sekolah mereka.


Kini tahun 2008, saya masih menjadi warden dan kami terpaksa memahan dan menangkap pelajar yang berfesyen kaki ketat dan tidak lagi dikenali sebagai yengki tetapi dikenali sebagai CHIKANG.
LIHATLAH GAMBAR NILAILAH SENDIRI...DI MANA NILAI REMAJA KITA KINI????

Tuesday, October 21, 2008

SIBUKNYA PERTENGAHAN OKTOBER




Kebiasaannya guru bengkel amat sibuk ketika pertengahan oktober. Ini kerana peperiksaan amali SPM dijalankan dan dan ada sebahagian guru luar yang datang sebagai pemeriksaan dan pengawas ke sekolah kita dan ada juga guru sekolah kita yang diminta bertugas ke sekolah lain.

Ini menjadikan keadaan agak sibuk.

Serentak dengan ini saya dan cikgu Ghazali pula dijemput memberi sedikit taklimat mengenai subjek Lukisan geometri dan Teknologi ke SMT Slim River.

Di sana memang ramai kenalan. Terutamanya Pengetuanya iaitu En Abdul Hamid Pazal Mohamad. Rasanya sudah dua tahunaCikgu Hamid jadi pengetua di situ. Banyak sekali perubahan yang telah dilakukannya. Antaranya....ada kamera memerhati anda jika anda keluar masuk di pagar utama.

Kami berdua diberi layanan agak istimewa.
Tahniah Cikgu Hamid di atas segala perubahan, semoga SMT Slim lebih cemerlang.

Wednesday, October 8, 2008

Seminar Keselamatan Makan






Ketua Warden dan Penyelia Asrama (Azman dan Pn As (Nasrah)) berkesempatan menghadiri Seminar Keselamatan Makanan di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Hari ini dalam sejarah, walaupun dah sering mendengar nama MCKK dan telah 16 tahun tinggal dan mengajar di Perak, inilah kali pertama saya berpeluang untuk masuk dan melihat suasana kehidupan asrama mereka.

Ada banyak juga keistimewaan MCKK iaitu hampir kesemua pelajar yang saya temui amat bersopan dan pandai menghormati tetamu.
Celah-celah ceramah tu ada juga slot lawat jenaka dari team pi mai pi mai tang tu iaitu sabri yunus, pak uda mat busu, lucy dan seorang lagi yang saya tak tahu namanya.