Tuesday, December 15, 2009

Rokok,Rokok,Rokok

Racun pada Rokok
Rokok mengandung kurang lebih 4000 elemen-elemen, dan setidaknya 200 diantaranya dinyatakan berbahaya bagi kesehatan. Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin, dan karbon monoksida.
Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat lengket dan menempel pada paru-paru.
Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi syaraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen, dan mampu memicu kanker paru-paru yang mematikan.
Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Efek Racun
Efek racun pada rokok ini membuat pengisap asap rokok mengalami resiko (dibanding yang tidak mengisap asap rokok):
14x menderita kanker paru-paru, mulut, dan tenggorokan
4x menderita kanker esophagus
2x kanker kandung kemih
2x serangan jantung
Rokok juga meningkatkan resiko kefatalan bagi penderita pneumonia dan gagal jantung, serta tekanan darah tinggi.

Thursday, September 24, 2009

Selamatkah Kita?

Selamatkah kita........

Selamatkah kita dalam kehidupan dunia ini?
Secara logiknya manusia tidak akan rasa selamat, tenteram dan sejahtera, walaupun kita sudah memiliki segalanya, ada ibu ayah yang mampu memberi kemudahan, ada harta dunia, pekerjaan (atau belajar di stesma), ada kawan yang baik, ada kemudahan(kenderaan/rumah/handphone dll), ada peluang dan ada kudrat.
Selagi kita tidak ingat jaminan Allah bahawa semua manusia di atas dunia ini telah ditentukan tentang rezki mereka ketika mereka dalam perut ibu lagi.
Apa yang perlu kita buat hanyalah usaha dan ikhtiar sahaja. Jika Allah telah tentukan kita akan menjadi doktor, kita tetap akan menjadi doktor walaupun kita tersasar masuk belajar ke sekolah teknik (jangan jadi diktor untuk diri sendiri dah le?).

Apa yang perlu kita buat hanyalah....
1.Usaha - bersungguh-sungguh belajar.
2.Bertwakal - berserah kepada Allah supaya kita sentiasa kelihatan tenang dan semenangnya
kita merasakan diri kita tenang sentiasa.
3.Berdoa - supaya tuhan beri anugerah kepada kita seperti yang kita hajatkan.

Jika kita mampu untuk buat semua itu kita akan selamat di atas muka bumi ini, insyaAllah kita tidak akan menjadi golongan yang meminta-minta.

Tetapi setakat di atas dunia ini sahaja, bagaimana akhirat pula, selamatkah kita?????

Kita tidak akan selamat di akhirat jika kita tidak tahu........................
1.Apa itu negeri akhirat
2.Apa yang kita perlukan di akhirat
3.Apakah perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat.

Kalau kita sedar,... bahawa sebelum kita lahir kat dunia ini, kita berada dalam perut ibu, di manakah kita sebelum tinggal dalam perut ibu,......apakah kita bermula dengan tiada.... ternyata ramai yang keliru.
Siapa yang menciptakan manusia???? Allah.
Allah menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Manusia ada dua unsur. Iaitu
1. Roh 2. Jasad
Jasad manusia - daripada tiada kemudian ada dan balik tiada.-Guna jasad hanya untuk hidup di atas dunia sahaja. Jasad tidak akan boleh terus pergi ke akhirat kecuali dimatikan kat dunia dan dihidupkan kembali di alam akhirat.
Tetapi roh di cipta dari tiada kepada ada untuk selama-lamanya. Dan roh tidak akan mati untuk selamanya.
Manusia dikatakan hidup apabila roh ditiup(masuk) kepada jasad.
Dikatakan mati apabila dikeluarkan dari jasad.
Lalu bagaimana kita hendak selamat di negeri akhirat yang bermula dari alam kubur......

Kita akan selamat jika kita ada bekalan dan makanan.
Dalam perut ibu kita ada bekalan dari ibu, ibu makan segala makan dan zat itu kita dapat melalui uri yang bersambung dari perut kita kepada ibu.
Dalam dunia ini kita makan segala makanan melalui mulut yang ada gigi dan masuk ke perut.
Dalam alam akhirat apa pula makanan kita????

Kembalilah kepada Islam, carilah kebenaran dan panduan dari Allah.
Jangan belagak, sombong dan bongkak, walaupun mungkin anda kaya, jutawan, doktor, guru, ada 2 phD,ada 5 buah kereta......dll...Allah huaklam.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Idulfiri

Kepada Semua Pengunjung Blok dan Penghuni ASTEKMA.....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Segala ucapan, tindakan, nasihat, teguran, tingkahlaku dan perbuatan semuanya untuk memastikan pelajar berada dilandasan yang betul, sesuai dengan perintah dan ajaran ISLAM.
Tiada sebarang keuntungan yang saya inginkan.

Kalau dulu tahun 1993 saya menjadi seorang ketua warden, kini tahun 2009 saya masih lagi seorang ketua warden, masih setia.... sedangkan orang lain mungkin dah jadi guru kanan, penolong kanan dan pengetua kanan.

Lalu kalau anda terasa hati di atas ucapan dan nasihat saya, beribu kemaafan saya hulurkan.

Sunday, September 6, 2009

Main Mercun di Asrama

Ini lagi satu hal yang remeh tetapi menjadi serius jika dibiarkan berleluasa. Awal-awal lagi saya dah beri amaran dalam tazkirah ramadhan lalu.
Sesiapa yang membawa mercun ke asrama akan diambil tindakan gantung dan kesalahan kedua membolehkan dibuang dari asrama. Apasal? besar sangat ke kesalahan membawa mercun ni.
Pada saya membeli dan membakar mercun HUKUMNYA HARAM, sama seperti membakar rokok di mulut.
Emak bapa bagi duit untuk membeli makan. Bayangkan jik RM5 diambil dari perbelanjaan semata-mata untuk membeli mercun. Lepas tu bakar, meletup habis RM 5.
Tidak kah ini satu tindakan yang membazir. Tiada manfaat langsung.
Ingatlah ayat Allah, pembaziran itu adalah perkerjaan syaitan, barangsiapa yang membazir maka dia adalah saudara syaitan.
kalau cam 2 kenapa beli mercun, jual mercun atau bakar mercun. banyak lagi benda lain hendak dibuat.

Kenapa Pelajar Asrama Tak Posa?

Saya bertanya soalan itu kerana saban tahun ada sahaja pelajar (lelaki) yang ditangkap kerana tidak berpuasa di asrama.
Biasanya pelajar yang tidak berpuasa akan berbangga dan menunjuk-nunjuk yang dia tidak posa. Makanan yang biasa dimakan ialah mee maggi, nasi kandar mamak(yang di oder melalui pelajar luar), biskut atau rokok.
Ada laporan, tindakan keras pasti diambil seperti kena makan makanan yang dimakan ketika ditangkap sewaktu berbuka puasa dihadapan pelajar lain, nama diumumkan di khalayak, sebatan juga mungkin dikenakan.
Setiap tahun, kewajipan, kabaikan dan kelebihan bulan puasa akan diterang kepada pelajar tetapi ramai yang masih kelabu. harap-harap tahun ni tak der yang kena tangkap.

Sunday, August 30, 2009

Jom Balik Asrama


Hari ini 31 Ogos 2009, hari akhir persekolah selepas lebih 2 minggu cuti. Hari tu sekolah tutup 22 Ogos cuti seminggu je. Sebelum tu cuti khas H1N1 11-18 ogos 2009. Tapi bilangan peljar yang balik ke asrama adalah seramai 130 orang je dari 525 orang.
Di kalangan yang tak hadir tu ramai juga yang sengajar tidak datang kerana kononnya tiada wang belanja untuk 3 hari. Katanya untuk datang 3 hari kalau dari KL akan habis wang hampir RM100. Baik tak payah datang.
Itulah bentuk pemikiran pelajar kini yang akan menjadi jenerasi kita akan datang, memikirkan keuntungan kebendaan semata-mata.
Hari ini merupakan hari petama pelajar akan berbuka puasa di asrama bagi tingkatan 4, setelah seminggu berbuka bersama keluarga. Besok peperiksaan percubaan SPM akan bermula.
Tapi ada juga pelajar yang telefon saya kenonnya batuk dan demam, dan ndatang pepagi besok. Dengar alasanpun saya sudah tahu...hari ini dia datang ke Manjung berbuka di rumah saudaranya, pastu pepagi besok baru masuk sekolah.... itulah mental pelajar. Dengan mudah pula memperalatkan emak bapak untuk telefon beri alasan pada warden.

BUATLAH AMAL

Bulan puasa hanya setahun sekali je.
Buatlah banyak amal.
Cuba fikir dan buat amal secara terbalik sikit.
Contoh 1.
Kita selalu rasa yang kita ni boleh hidup sehingga umur kita 60 atau mungkin ada menyatakan dia nak hidup hingga 70 tahun. Cuba bayangkan yang kita ni mungkin mati besok, macam anak cikgu sulaimi 13 tahun dah meninggal.
Kalau kita dah jangka kita akan mati dalam masa terdekat tentu kita akan bersemangat untuk buat amal. Salah ke kita ingat mati walaupun kita masih muda. Ya memang semua orang takut mati, tapi setakut manapun kita ia akan datang juga pada kita. Alangkah ruginya kita kalau dia datang mengejut dan secara tiba-tiba sahaja, tentu kita tidak sempat untuk mintak ampun dan bertaubat.
Buatlah banyak amal di puasa ni. Segala amalan wajib diganjarkan berkali ganda, sementara amalan sunat pula diberi pahala menyemai pahala wajib.

Contoh 2.
Semua kita bangun jam 5 untuk makan(sahur). Kalau bukan sahur mana ada orang bangun semata-mata untuk makan. Alangkah baiknya kita kalau kita bangun awal 15 minit pastu buat solat sunat sikit, solat tahajjud, taubat, dll, mohon ampun, mohon kejayaan masa depan, mohon surga dll.

Kalau ikut hadis bulan ramadhan ni semua setan dah kena rantai, cuma ada nafsu kita je. Jadi kalau kita malas memang sah nafsu kita yang jahat dan kita langsung tidak lawan nafsu malas tu.
Maka memang layak untuk kita kena seksa di akhirat.

Monday, August 10, 2009

KAABAH AKU MERINDUIMU


Kaabah.

Itulah tempat lima kali sehari kita mengadap untuk solat fardhu dan sunat.

Solat di depan Kaabah memang tersangat jauh beza dengan solat di tempat lain.

Khusyuk, tidak jemu, tidak mengantuk, tidak penat dan bersemangat walaupun tidur cuba 2,3 jam sehari.

Gambar ini dirakamkan pada 10.6.2009 dari tingkat 2 Masjid Haram. Selepas solat Zohor.

Kelihatan tidak ramai orang bertawaf kerana cuaca amat panas mencecah 43 darjah celcius. Saya sendiri tidak berani untuk bertawaf waktu ini kerana takut demam. Biasanya saya bertawaf pada waktu malam atau selepas solat suboh sebelum zohor. Saya berjanji akan pergi lagi. Amin yaAllah.

HINI

Sepangjang minggu lepas (3-7 Ogos 2009) ramai penghuni ASTEKMA yang demam dan batuk, lalu pihak pengurusan asrama membenarkan pelajar balik kampung pada hari jumaat.
Lalu ramai yang buat spekulasi ASTEKMA akan ditutup. Mintak maaf kerja tutup sekolah ini bukan kerja warden.
Minggu ini 09.8.2009 seramai 176 pelajar belum balik ke asrama kerana masih sakit. Memang telah diberitahu kalau sakit jangan balik ke asrama.
Namun pada 10.8.2009 ada 7 orang masih sakit dan dihantar ke hospital Manjung dan terpaksa dihantar balik kampung pula. Hari ini 11 ogos 2008 seramai 13 orang mengadu demam dan batuk, entah sehingga hunjung minggu ini berapa orang pula yang terpaksa dihantar balik kampung.
Inilah bala Allah yang diturunkan, akan terkena kepada semua orang sama ada orang itu bersalah atau tidak.
Soalnya kenapa bala ini datang? Bala yang melibatkan ramai orang sebegini, biasanya turun disebabkan kemungkaran yang telah manusia lakukan yang tiada tentangan dari orang lain.
Apa kemungkaran itu. Tentu banyak. Tidak terkira.Mungkin melibatkan pemerintah, tok ketua kampung, cikgu, murid, rakyat dan semua orang.
Contoh?
Alahh mudah je.... mungkin orang Islam sekarang ramai yang mengabaikan solat.
Satu pemerintah boleh memerintah supaya penduduk negeri kerjakan solat melalui ingatan, dendaan, siaran, pengajaran dll.
Seorang guru boleh memberi pengajaran dan peringatan kepada murid mengenai bab solat.
Seorang ketua kampung boleh menggerakkan pendudukan kampung/taman dibawah jagaannya supaya tidak mengabaikan solat.
Seorang murid juga boleh berperanan menegur atau melapor kepada guru/warden kalau ada rakannya tidak solat.
Kalau seorang insan muslim tidak mencari alasan dan mengerjakanya(solat), tentu rahmat Allah akan datang dan memberi kebahagian kepada semua orang.
Itu baru bab solat, belum lagi soal arak, zina,babi,curi, qisas dan 1001 peraturan yang disuruh Allah tapi diabaikan oleh manusia dengan pelbagai alasan yang direka oleh otak manusia sendiri. Allah huaklam.

Wednesday, July 29, 2009

Kita Muslim?

Kalau kita muslim kenapa kita tidak percaya kepada Allah?
Atas dunia ini kita bebas untuk buat apa sahaja, hanya Islam sahaja yang mengajar kita supaya tidak membuat kemungkaran. Jika kita bukan dari Islam, kita boleh buat apa sahaja, peduli apa orang nak kata, nak tuduh, nak cakap, asal kita bahagia.

Tetapi kalau kita muslim, Islam mengajar kita banyak perkara yang penting;
1.Kita tidak boleh menyamakan sebarang benda dengan Allah.
2.Kita tidak boleh buat apa sahaja ikut suka kita.
3.Kita ada malaikat yang sentiasa mencatat perkataan dan perbuatan kita.
4.Kita ada akhirat, diakhirat kita akan diadili, kat dunia ni memang senang cakap tak paushati, demdan dengan orang itu ini tapi di akhirat nanti, kita tak mampu nak buat semua tu, malah nak adakan pakaianpun kita tidak mampu(kita semua TIDAK BERPAKAIAN di padang mahsyar nanti).

Lalu kalau anda pernah mengenali saya, seingat saya, saya sudah menunaikan tanggungjawab sekadar amanah yang diberikan pada saya. Dan jika anda adalah murid atau kawan saya yang ada menyimpan perasaan dendanm dihati anda, buanglah sifat itu kerana sifat itu akan memakan diri anda sendiri.
Dan kalau saya bersalah dengan anda, saya mohon maaf, maafkanlah saya supaya senang saya berhadapan dengan Allah nanti. Rasulullah mengingatkan berilah maaf kepada orang kerana Allah akan memberi ganjaran yang amat besar kepada orang yang suka memaaf.
Dan jika anda ada kesalahan dengan saya samada saya ketahui atau tidak, saya telah memaafankan anda walaupun mungkin rupa dan muka anda sudah tidak saya kenali lagi.

Tuesday, July 28, 2009

Bulan Julai/Ogos- Bulan Banteras Rokok


Sebenarnya sejak sekolah dibuka untuk penggal kedua, pihak warden telah mengambil keputusan untuk membasteras kegiatan dan aktiviti rokok di asrama.

Ianya bermula dengan taklimat PK Hem Cikgu wan Yusaini, Tazkirah oleh Ustaz Fauzi dan tindakan Ketua Warden Cikgu Azman.

Dalam taklimatnya PK Hem telah menjelaskan bahawa pelajar yang mengedar rokok akan diambil tindakan tegas termasuk gantung dan buang asrama untuk kali kedua.
Ust Mohd Fauzi pula menjelaskan tentang membazir dan perbuatan yang sia-sia serta boleh membawa penyakit bagi mereka yang terlalu kuat menghisap rokok.
Ketua warden Cikgu Azman menyambutnya dengan tidakan di mana pada suatu pagi, pelajar dari blok asrama dikumpulkan sebelum mereka ke sekolah.
Mereka diberi secebis kertas untuk ditulis nama pelajar yang mereka tahun ada menjual rokok.
Wow hebatnya, ada satu nama di mana 46 orang menulis mananya.
Pelajar tersebut dipanggil mengadap ketua warden.
Tetapi biasalah, dunia pelajar mana mahu mengaku.....tetapi amaran telah diberikan... kalau berani buat lagi...TANGKAP, BUANG ASRAMA.
Sebagai bekas pelajar anda tentu tahu keadaan ini, komen sikit.....

Wednesday, July 15, 2009

Biodata Rasulullah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlahsikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambutkelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiranpaderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikahkecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itukita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologihidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebihmencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.BIODATA RASULULLAH SAW·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam'ah.§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW1. Qasim2. Abdullah3.. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra 'ANAK TIRI RASULULLAH SAWHalah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN1. Thuwaibah 1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al-Abbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)8. Abdul Ka ' bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. Atiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ****** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.
SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikalBaginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.NB:Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untukmencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kitakerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimudi dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yangmengasihmu di akhirat kelak.

Saturday, July 4, 2009

Penghuni Asrama;Antara Pengalaman & Realiti

Saya menjadi warden asrama mulai 1.12.1992 hingga 31.12.1998. Selepas itu saya tinggalkan asrama dan berasa tidak mahu lagi untuk menjaga asrama. Tapi tahun 2006 saya dipujuk oleh PK Hem untuk kembali menjaga asrama.
Entah bagaimana saya bersetuju untuk menjadi warden kembali mulai 1.01.2007.
Tahun ini merupakan tahun ketiga saya kembali memegang jawatan Ketua Warden STESMA.
Sewaktu bersetuju untuk masuk semula ke stesma, agak banyak juga idea dan cadangan yang saya rasakan boleh dilaksanakan demi kebaikan penghuni asrama. Dan sebahagian besar telahpun saya dan team warden laksanakan.
Pengalaman saya sebenarnya banya membantu saya tetapi cabaran pelajar 90-an dengan 20-an memang sangat jauh ketara. Saya sendiri kekadang kecundang untuk menghayati dan mengikuti perkembangan dan pemasalahan penghuni astekma.Dan saya sebenarnya sedang menilai apakah program yang saya cadangan selama ini bermanfaat untuk semua ataupun tidak, atau sekadar memenuhi masa pelajar di asrama.
Kepada penghuni asrama....bekas penghuni asrama yang membaca ruangan ini, saya harap dapat berinteraksi dengan saya....memjawab beberapa persoalan yang bermin difikiran saya...

1.Apakah program asrama sepanjang anda berada di asrama...bermanfaat untuk anda...beri contoh program berkenaan.
2.Apakah nasihat dan ucapan yang saya berikan atau ust fauzi atau cikgu wan berikan berguna dan diambil peduli oleh anda?
3.Jika asrama ini telah mengubah diri anda, apakah perkara yang telah menyedarkan anda itu.
4.Apakah saya harus teruskan program yang sedia ada.
5.Anda rasa anda terlepas sesuatu tak selepas anda keluar asrama.

Kalau anda sudi menjawab soalan diatas, leh guna catter box aatau email saya azmanshabudin@yahoo.com

Wednesday, May 13, 2009

Anugerah Sekolah Cemerlang

Tahun ini STESMA telah dipersetujui oleh semua SMT Perak untuk menjadi wakil Peraka dalam ASC.
Sebenarnya tahun 2007 kita telah masuk ASC dalam keregori asrama tetapi kita tidak menang, tahun ini kita cuba untuk peringkat kebangsaan.
Hari ini 14.5.09 baru ada lawatan nazir meronda ke seluruh kawasan sekolah termasuk asrama.
Antara perkara yang menarik perhatian mereka adalah Sistem Pergerakkan Penghuni Asrama Menggunakan Buku Pergerakkan(Buku merah) dan kad penghuni asrama.

Tuesday, May 5, 2009

MINGGU NI ADA MAKHLUK ASING

Untuk kali kedua buat diri saya sejak menjadi guru mulai1992, masuk tahun ketiga saya menjaga asrama.
Tahun pertama 2007 begitu banyak pelajar asrama fly. Tahun 2008 langsung tak dengar pelajar fly. Tahun ni 2009 bunyi balik perkataan fly.

Malam tadi jam 3 pagi saya dikejutkan oleh bunyi telefon, perkara begini bukanlah kali pertama dalam hidup saya sejak bergelar warden....hujan renyai-renyai.. rupanya pengawal keselamatan STESMA membuat laporan bahawa mereka sedang mengepong 3 pelajar yang berkeliaran di kawasan sekolah....walaupun malas, saya terpaksa tunjuk rajin kerana mereka merujuk kepada saya....saya keluar berkereta, berbincang dan bertanya hal berkenaan. Sekitar jam 3.50pagi baru selesai. Matapun dah tahu tak mahu lelap.

Nasihat, teguran, ucapan dan peringatan dah acapkali dibuat di surau, hampir setiap malam oleh saya, ustaz Fauzi ataupun PK Hem En Wan. Tapi jenis manusia pekak badak, langsung buat kering air liur je.(Tidak dinafikan lain lain tu, baik je...mau dengar kata...cuma yang pekak badak ni ada sekitar 1-2% je tapi busuknya kekadang satu dunia boleh bau).

Kesimpulan yang saya buat ..... pelajar yang suka buat hal begini merupakan pelajar yang sama dan tidak sesuai tinggal di asrama.
Kalau dapat tangkap BUANG JE DARI ASRAMA. MENYEMAK.

Tuesday, April 28, 2009

PERSOALAN HANTU DAN HISTERIA

Minggu ni meletihkan lagi.
Ada seorang pelajar yang tidak sedarkan diri, meracau dan menjadi kuat seperti 'hulk' melawan semua orang yang memegangnya.
Sejak saya bersekolah asrama sekitar tahun 1883 hingga saya menjadi warden asrama 1993 dan kini dan kini tahun 2009. Cerita hantu dan histeria tidak perbah hilang.
Memang benar dakwaan Allah akan menunjukkan bukti bahawa makhluk halus jin,setan dan iblis itu memang wujud dan manusia pulak amat gemar membawa cerita hantu ini. Lalu wujudkan ia.
Sepanjang menjadi warden asrama, tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar sehinggakan hampir 70% pelajar ting5 blok H terkena histiria. Menjerit tak tentu pasal sehingga mengila. Puncanya hanya seorang pelajar yang bijak bercakap, mendakwa nampak hantu dan boleh berlakun pelbagai suara dan pelak.
Tahun ini dah 2, 3 kes tetapi tidak melibatkan ramai pelajar tetapi sudah cukup untuk menjadikan warden serik, bosan, boring dan putus asa.
Tugas warden tidak akan diiktiraf sebagai tugas rasmi, ianya hanya tugas sampingan tetapi amat membebankan kerana ia melibatkan waktu rehat, waktu bersama keluarga dan waktu santai.
walaupun seribu masalah yang melanda pada waktu selain dari waktu pejabat tentulah orang yang tidak pernah mengalaminya akan menghargai.
Kekadang saya sendiri kurang sabar dalam menangani masalah hantu dan histeria terutama yang melibatkan pelajar perempuan,....
persoalannya kenapa asalkan asrama, pasti ada histeria dan hantu,,,....kenapa ya???

Thursday, April 9, 2009

MANUSIA, BAHASA DAN BUDAYA

Manusia sering berubah.
Hari ini seorang manusia bercakap atas sesuatu perkara, percayalah bulan depan atau tahun depan manusia yang sama akan bercakap lain terhadap perkara yang sama.

Bahasa juga sering berubah.
Bila seorang PM memperkenalkan wawasan 2020, modal insan, cemerlang, gemilang dan terbilaang, semua orang mula menggunakan bahasa tu. Sikit lagi PM baru tentu akan perkenalkan perkataan baru maka akan ada orang guna perkataan tu dan lupala pulak perkataan yang lama-lama tu.
Saya pernah berusaha untuk menyimpan kad-kad jemputan kawin. Saya kahwin tahun 1990 lain rupa bahasa pada kadnya, sepupu saya kahwin tahun 1995 lain rupa bahasa pada kadnya, ada cikgu kita kahwin tahun 2000 lain pulak rupa bahasa pada kadnya. Orang kaahwin pada tahun 2005 lain juga bahasa pada kadnya dan kalau ada orang kahwin pada tahun2010 tentulah berbeza sama sekali bahasa yang tertera pada kadnya.

Budaya ialah cara berfikir.
Budaya tentulah amat berbeza antara manusia dengan manusia lain, muda dan tua. Lelaki dan perempuan lantara manusia dan bahasa sering berubah. Inikan pula budaya.

Lalu manusia, bahasa dan budaya sering berubah.
Manusia juga berubah dari hidup menuju mati.

Friday, April 3, 2009

Mahrajan Kesenian Islam Perak

3-4 April 2009, suasana asrama agak sibuk kerana dihuni oleh peserta mahrajan seramai 600 orang.
Solat magrib tadi pada dengan pelajar sekolah rendah.
Malam ni jalan dalam kawasan sekolah sesak teruk.
Ada orang luar tanya saya, acara apa ada kat teknik... saya jawab bagi yang tahu sahaja.
Ini kerana tiada sebarang papan tanda atau kain rentang digantung.
Kalau ada kain rentang rasanya kehadiran tetamu lagi padat....

Monday, March 30, 2009

SALAM

Salam dan sejahtera untuk semua yang sering masuk ke blog ni, walaupun blog ni dah lama tak update.
Dah 3 bulan rasanya saya tak kemaskini blog ni.
Sesekali tentu hidup kita tentu mengalami krisis yang besar, begitu juga hidup saya.
Itulah hukum alam yang berlaku kepada semua manusia.
Krisis-krisis yang kecil pula memang sering datang dalam hidup kita.
Tuhan menurunkannya kepada kita supaya kita mengambil pengajaran dan memperbaiki diri.
Namun kebiasaannya krisis-krisis kecil kita berjaya atasinya. Krisis besar pula mungkin memerlukan masa yang lama untuk mengtasinya ataupun jika berjaya mengatasinya impaknya pula kepada agak besar sehingga boleh mengubah minda, tindakan dan cara kita bekerja.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam kehidupan ini.