Monday, August 10, 2009

KAABAH AKU MERINDUIMU


Kaabah.

Itulah tempat lima kali sehari kita mengadap untuk solat fardhu dan sunat.

Solat di depan Kaabah memang tersangat jauh beza dengan solat di tempat lain.

Khusyuk, tidak jemu, tidak mengantuk, tidak penat dan bersemangat walaupun tidur cuba 2,3 jam sehari.

Gambar ini dirakamkan pada 10.6.2009 dari tingkat 2 Masjid Haram. Selepas solat Zohor.

Kelihatan tidak ramai orang bertawaf kerana cuaca amat panas mencecah 43 darjah celcius. Saya sendiri tidak berani untuk bertawaf waktu ini kerana takut demam. Biasanya saya bertawaf pada waktu malam atau selepas solat suboh sebelum zohor. Saya berjanji akan pergi lagi. Amin yaAllah.

No comments: