Wednesday, July 29, 2009

Kita Muslim?

Kalau kita muslim kenapa kita tidak percaya kepada Allah?
Atas dunia ini kita bebas untuk buat apa sahaja, hanya Islam sahaja yang mengajar kita supaya tidak membuat kemungkaran. Jika kita bukan dari Islam, kita boleh buat apa sahaja, peduli apa orang nak kata, nak tuduh, nak cakap, asal kita bahagia.

Tetapi kalau kita muslim, Islam mengajar kita banyak perkara yang penting;
1.Kita tidak boleh menyamakan sebarang benda dengan Allah.
2.Kita tidak boleh buat apa sahaja ikut suka kita.
3.Kita ada malaikat yang sentiasa mencatat perkataan dan perbuatan kita.
4.Kita ada akhirat, diakhirat kita akan diadili, kat dunia ni memang senang cakap tak paushati, demdan dengan orang itu ini tapi di akhirat nanti, kita tak mampu nak buat semua tu, malah nak adakan pakaianpun kita tidak mampu(kita semua TIDAK BERPAKAIAN di padang mahsyar nanti).

Lalu kalau anda pernah mengenali saya, seingat saya, saya sudah menunaikan tanggungjawab sekadar amanah yang diberikan pada saya. Dan jika anda adalah murid atau kawan saya yang ada menyimpan perasaan dendanm dihati anda, buanglah sifat itu kerana sifat itu akan memakan diri anda sendiri.
Dan kalau saya bersalah dengan anda, saya mohon maaf, maafkanlah saya supaya senang saya berhadapan dengan Allah nanti. Rasulullah mengingatkan berilah maaf kepada orang kerana Allah akan memberi ganjaran yang amat besar kepada orang yang suka memaaf.
Dan jika anda ada kesalahan dengan saya samada saya ketahui atau tidak, saya telah memaafankan anda walaupun mungkin rupa dan muka anda sudah tidak saya kenali lagi.

No comments: