Saturday, July 4, 2009

Penghuni Asrama;Antara Pengalaman & Realiti

Saya menjadi warden asrama mulai 1.12.1992 hingga 31.12.1998. Selepas itu saya tinggalkan asrama dan berasa tidak mahu lagi untuk menjaga asrama. Tapi tahun 2006 saya dipujuk oleh PK Hem untuk kembali menjaga asrama.
Entah bagaimana saya bersetuju untuk menjadi warden kembali mulai 1.01.2007.
Tahun ini merupakan tahun ketiga saya kembali memegang jawatan Ketua Warden STESMA.
Sewaktu bersetuju untuk masuk semula ke stesma, agak banyak juga idea dan cadangan yang saya rasakan boleh dilaksanakan demi kebaikan penghuni asrama. Dan sebahagian besar telahpun saya dan team warden laksanakan.
Pengalaman saya sebenarnya banya membantu saya tetapi cabaran pelajar 90-an dengan 20-an memang sangat jauh ketara. Saya sendiri kekadang kecundang untuk menghayati dan mengikuti perkembangan dan pemasalahan penghuni astekma.Dan saya sebenarnya sedang menilai apakah program yang saya cadangan selama ini bermanfaat untuk semua ataupun tidak, atau sekadar memenuhi masa pelajar di asrama.
Kepada penghuni asrama....bekas penghuni asrama yang membaca ruangan ini, saya harap dapat berinteraksi dengan saya....memjawab beberapa persoalan yang bermin difikiran saya...

1.Apakah program asrama sepanjang anda berada di asrama...bermanfaat untuk anda...beri contoh program berkenaan.
2.Apakah nasihat dan ucapan yang saya berikan atau ust fauzi atau cikgu wan berikan berguna dan diambil peduli oleh anda?
3.Jika asrama ini telah mengubah diri anda, apakah perkara yang telah menyedarkan anda itu.
4.Apakah saya harus teruskan program yang sedia ada.
5.Anda rasa anda terlepas sesuatu tak selepas anda keluar asrama.

Kalau anda sudi menjawab soalan diatas, leh guna catter box aatau email saya azmanshabudin@yahoo.com

No comments: