Untuk kali kedua buat diri saya sejak menjadi guru mulai1992, masuk tahun ketiga saya menjaga asrama.
Tahun pertama 2007 begitu banyak pelajar asrama fly. Tahun 2008 langsung tak dengar pelajar fly. Tahun ni 2009 bunyi balik perkataan fly.
Malam tadi jam 3 pagi saya dikejutkan oleh bunyi telefon, perkara begini bukanlah kali pertama dalam hidup saya sejak bergelar warden....hujan renyai-renyai.. rupanya pengawal keselamatan STESMA membuat laporan bahawa mereka sedang mengepong 3 pelajar yang berkeliaran di kawasan sekolah....walaupun malas, saya terpaksa tunjuk rajin kerana mereka merujuk kepada saya....saya keluar berkereta, berbincang dan bertanya hal berkenaan. Sekitar jam 3.50pagi baru selesai. Matapun dah tahu tak mahu lelap.
Nasihat, teguran, ucapan dan peringatan dah acapkali dibuat di surau, hampir setiap malam oleh saya, ustaz Fauzi ataupun PK Hem En Wan. Tapi jenis manusia pekak badak, langsung buat kering air liur je.(Tidak dinafikan lain lain tu, baik je...mau dengar kata...cuma yang pekak badak ni ada sekitar 1-2% je tapi busuknya kekadang satu dunia boleh bau).
Kesimpulan yang saya buat ..... pelajar yang suka buat hal begini merupakan pelajar yang sama dan tidak sesuai tinggal di asrama.
Kalau dapat tangkap BUANG JE DARI ASRAMA. MENYEMAK.
Latihan Ulangkaji Matematik PA 1DVM
9 years ago
1 comment:
dulu masa vokasma (sebelum stesma) pun ramai gak yang fly ... bukan sahaja yang pelak dan pekak badak... yang genius dan smart student pun turut sama fly ataupun upgate... sama saja..
Post a Comment