Sunday, August 30, 2009

BUATLAH AMAL

Bulan puasa hanya setahun sekali je.
Buatlah banyak amal.
Cuba fikir dan buat amal secara terbalik sikit.
Contoh 1.
Kita selalu rasa yang kita ni boleh hidup sehingga umur kita 60 atau mungkin ada menyatakan dia nak hidup hingga 70 tahun. Cuba bayangkan yang kita ni mungkin mati besok, macam anak cikgu sulaimi 13 tahun dah meninggal.
Kalau kita dah jangka kita akan mati dalam masa terdekat tentu kita akan bersemangat untuk buat amal. Salah ke kita ingat mati walaupun kita masih muda. Ya memang semua orang takut mati, tapi setakut manapun kita ia akan datang juga pada kita. Alangkah ruginya kita kalau dia datang mengejut dan secara tiba-tiba sahaja, tentu kita tidak sempat untuk mintak ampun dan bertaubat.
Buatlah banyak amal di puasa ni. Segala amalan wajib diganjarkan berkali ganda, sementara amalan sunat pula diberi pahala menyemai pahala wajib.

Contoh 2.
Semua kita bangun jam 5 untuk makan(sahur). Kalau bukan sahur mana ada orang bangun semata-mata untuk makan. Alangkah baiknya kita kalau kita bangun awal 15 minit pastu buat solat sunat sikit, solat tahajjud, taubat, dll, mohon ampun, mohon kejayaan masa depan, mohon surga dll.

Kalau ikut hadis bulan ramadhan ni semua setan dah kena rantai, cuma ada nafsu kita je. Jadi kalau kita malas memang sah nafsu kita yang jahat dan kita langsung tidak lawan nafsu malas tu.
Maka memang layak untuk kita kena seksa di akhirat.

No comments: