Hari ini 31 Ogos 2009, hari akhir persekolah selepas lebih 2 minggu cuti. Hari tu sekolah tutup 22 Ogos cuti seminggu je. Sebelum tu cuti khas H1N1 11-18 ogos 2009. Tapi bilangan peljar yang balik ke asrama adalah seramai 130 orang je dari 525 orang.
Di kalangan yang tak hadir tu ramai juga yang sengajar tidak datang kerana kononnya tiada wang belanja untuk 3 hari. Katanya untuk datang 3 hari kalau dari KL akan habis wang hampir RM100. Baik tak payah datang.
Itulah bentuk pemikiran pelajar kini yang akan menjadi jenerasi kita akan datang, memikirkan keuntungan kebendaan semata-mata.
Hari ini merupakan hari petama pelajar akan berbuka puasa di asrama bagi tingkatan 4, setelah seminggu berbuka bersama keluarga. Besok peperiksaan percubaan SPM akan bermula.
Tapi ada juga pelajar yang telefon saya kenonnya batuk dan demam, dan ndatang pepagi besok. Dengar alasanpun saya sudah tahu...hari ini dia datang ke Manjung berbuka di rumah saudaranya, pastu pepagi besok baru masuk sekolah.... itulah mental pelajar. Dengan mudah pula memperalatkan emak bapak untuk telefon beri alasan pada warden.
No comments:
Post a Comment