Sepangjang minggu lepas (3-7 Ogos 2009) ramai penghuni ASTEKMA yang demam dan batuk, lalu pihak pengurusan asrama membenarkan pelajar balik kampung pada hari jumaat.
Lalu ramai yang buat spekulasi ASTEKMA akan ditutup. Mintak maaf kerja tutup sekolah ini bukan kerja warden.
Minggu ini 09.8.2009 seramai 176 pelajar belum balik ke asrama kerana masih sakit. Memang telah diberitahu kalau sakit jangan balik ke asrama.
Namun pada 10.8.2009 ada 7 orang masih sakit dan dihantar ke hospital Manjung dan terpaksa dihantar balik kampung pula. Hari ini 11 ogos 2008 seramai 13 orang mengadu demam dan batuk, entah sehingga hunjung minggu ini berapa orang pula yang terpaksa dihantar balik kampung.
Inilah bala Allah yang diturunkan, akan terkena kepada semua orang sama ada orang itu bersalah atau tidak.
Soalnya kenapa bala ini datang? Bala yang melibatkan ramai orang sebegini, biasanya turun disebabkan kemungkaran yang telah manusia lakukan yang tiada tentangan dari orang lain.
Apa kemungkaran itu. Tentu banyak. Tidak terkira.Mungkin melibatkan pemerintah, tok ketua kampung, cikgu, murid, rakyat dan semua orang.
Contoh?
Alahh mudah je.... mungkin orang Islam sekarang ramai yang mengabaikan solat.
Satu pemerintah boleh memerintah supaya penduduk negeri kerjakan solat melalui ingatan, dendaan, siaran, pengajaran dll.
Seorang guru boleh memberi pengajaran dan peringatan kepada murid mengenai bab solat.
Seorang ketua kampung boleh menggerakkan pendudukan kampung/taman dibawah jagaannya supaya tidak mengabaikan solat.
Seorang murid juga boleh berperanan menegur atau melapor kepada guru/warden kalau ada rakannya tidak solat.
Kalau seorang insan muslim tidak mencari alasan dan mengerjakanya(solat), tentu rahmat Allah akan datang dan memberi kebahagian kepada semua orang.
Itu baru bab solat, belum lagi soal arak, zina,babi,curi, qisas dan 1001 peraturan yang disuruh Allah tapi diabaikan oleh manusia dengan pelbagai alasan yang direka oleh otak manusia sendiri. Allah huaklam.
Latihan Ulangkaji Matematik PA 1DVM
9 years ago
No comments:
Post a Comment