Thursday, September 24, 2009

Selamatkah Kita?

Selamatkah kita........

Selamatkah kita dalam kehidupan dunia ini?
Secara logiknya manusia tidak akan rasa selamat, tenteram dan sejahtera, walaupun kita sudah memiliki segalanya, ada ibu ayah yang mampu memberi kemudahan, ada harta dunia, pekerjaan (atau belajar di stesma), ada kawan yang baik, ada kemudahan(kenderaan/rumah/handphone dll), ada peluang dan ada kudrat.
Selagi kita tidak ingat jaminan Allah bahawa semua manusia di atas dunia ini telah ditentukan tentang rezki mereka ketika mereka dalam perut ibu lagi.
Apa yang perlu kita buat hanyalah usaha dan ikhtiar sahaja. Jika Allah telah tentukan kita akan menjadi doktor, kita tetap akan menjadi doktor walaupun kita tersasar masuk belajar ke sekolah teknik (jangan jadi diktor untuk diri sendiri dah le?).

Apa yang perlu kita buat hanyalah....
1.Usaha - bersungguh-sungguh belajar.
2.Bertwakal - berserah kepada Allah supaya kita sentiasa kelihatan tenang dan semenangnya
kita merasakan diri kita tenang sentiasa.
3.Berdoa - supaya tuhan beri anugerah kepada kita seperti yang kita hajatkan.

Jika kita mampu untuk buat semua itu kita akan selamat di atas muka bumi ini, insyaAllah kita tidak akan menjadi golongan yang meminta-minta.

Tetapi setakat di atas dunia ini sahaja, bagaimana akhirat pula, selamatkah kita?????

Kita tidak akan selamat di akhirat jika kita tidak tahu........................
1.Apa itu negeri akhirat
2.Apa yang kita perlukan di akhirat
3.Apakah perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat.

Kalau kita sedar,... bahawa sebelum kita lahir kat dunia ini, kita berada dalam perut ibu, di manakah kita sebelum tinggal dalam perut ibu,......apakah kita bermula dengan tiada.... ternyata ramai yang keliru.
Siapa yang menciptakan manusia???? Allah.
Allah menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Manusia ada dua unsur. Iaitu
1. Roh 2. Jasad
Jasad manusia - daripada tiada kemudian ada dan balik tiada.-Guna jasad hanya untuk hidup di atas dunia sahaja. Jasad tidak akan boleh terus pergi ke akhirat kecuali dimatikan kat dunia dan dihidupkan kembali di alam akhirat.
Tetapi roh di cipta dari tiada kepada ada untuk selama-lamanya. Dan roh tidak akan mati untuk selamanya.
Manusia dikatakan hidup apabila roh ditiup(masuk) kepada jasad.
Dikatakan mati apabila dikeluarkan dari jasad.
Lalu bagaimana kita hendak selamat di negeri akhirat yang bermula dari alam kubur......

Kita akan selamat jika kita ada bekalan dan makanan.
Dalam perut ibu kita ada bekalan dari ibu, ibu makan segala makan dan zat itu kita dapat melalui uri yang bersambung dari perut kita kepada ibu.
Dalam dunia ini kita makan segala makanan melalui mulut yang ada gigi dan masuk ke perut.
Dalam alam akhirat apa pula makanan kita????

Kembalilah kepada Islam, carilah kebenaran dan panduan dari Allah.
Jangan belagak, sombong dan bongkak, walaupun mungkin anda kaya, jutawan, doktor, guru, ada 2 phD,ada 5 buah kereta......dll...Allah huaklam.

No comments: