Thursday, December 11, 2008

Buku Motivasi La Pulak











Bermula cuti sekolah hari tu saya khatam buku sejarah. Sekarang ni saya tengah habiskan buku motivasi. Dalam cuti begini ada banyak masa, maklumlah penghuni asrama semua tiada, tambahan pula asrama tengah dibaikpulih oleh para penyelia bersama kontraktor.

Sebelum pelajar mendaftar pada 4 Januari 2009 saya ada beberapa minggu untuk mengembalikan semangat. Kalau setakat mengajar di kelas ramai guru boleh melakukannya... apa nak jadi kepada pelajar tidur ke, main ke, tak buat kerja ke...aku apa peduli...janji cukup bulan mendapat gaji. Guru macam ni memang agak popular di kalangan pelajar dan diketegorikan sebagai guru baik, tak kacau orang.

Tapi kalau anda seorang guru yang sering memberi nasihat atau teguran dan mengambil tindakan diatas salahlaku pelajar, anda akan dicop oleh pelajar dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan, dan pelajar akan memusuhi anda. Sebab itulah ramai guru yang mengambil jalan untuk "playsafe".......hanya beperanan dalam kelas sebagai pengajar je......
Sebagai warden yang mempunyai pilihan untuk tidak menjadi warden...kekadang semangat saya juga luntur dan berputusasa, tambahan pula dengan ragam ibubapa pelajar yang tidak "mesrawarden" tentulah kita merasa jemu, menyampah dan tak mahu buat kerja. Tapi apa kesudahannya.....lalu penyelesaian yang saya pilih ialah membawa buku-buku motivasi untuk mengembalikan semangat bekerja disamping mencari idea-idea baru untuk dilaksanakan pada tahun 2009. InsyaAllah saya akan teruskan janji sehingga disember 2009.

No comments: