Nilai Sejarah. Nilai Penjajah.
Gambar-gambar yang saya paparkan adalah gambar yang saya ambil sewaktu lawatan ke Melaka bersama keluarga baru-baru ini.
Saya terfikir tentang dua nilai di atas yang perlu dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka seperti saya.
Nilai Sejarah
Ada satu pendapat menyatakan bahawa ini semua adalah peninggalan sejarah(yang amat tinggi nilainya) yang patut dikaji dan diselidiki oleh anak cucu kita. Tempat ini seharusnya dipelihara mungkin untuk ratusan tahun akan datang sebagai bukti sejarah.
Nilai Penjajah
Sebaliknya ada pendapat lain pula menyatakan apa sangat yang ada pada nilai seperti di atas.Itu hanyalah untuk menunjukkan bahawa kita pernah menjadi satu bangsa yang pernah dijajah oleh negara yang lebih maju iaitu Potugis, Belanda dan Inggeris.
Lebih dahsyat lagi apa perlu sangat kita mengekalkan semua itu, padahal;
1.Sekadar bekas binaan kota penjajah Potugis (dari tembok batu- masa tu orang Melayu cuma
pandai buat binaan dari kayu) untuk mengelak dari serangan penduduk Tanah
Melayu. Pengekalan ini menunjukkan kelemahan bangsa kita. Di mana senjata yang
digunakan oleh orang barat ialah bedil(senapang), orang melayu pula sekadar guna parang.
Sekadar buat tembok, ada lubang untuk muncung bedil, orang melayu dah tak mampu untuk
menghapuskan Benggali Putih walaupun beberapakali cubaan dibuat untuk menawan balik
bandar Melaka oleh orang melayu.
2.Di atas bukit itu cuma ada kubur Potugis dan Belanda sebagai bukti mereka pernah hidup,
makan, minum dan mati di Melayu. Dalam maksud lain telah menjajah negara kita, iaitu
mengutip segala benda yang berharga dan bawa balik ke negara mereka.
3.Di atas bukit juga ada rumah api yang mereka bina dari batu sebagai bukti mereka
mempunyai teknologi, pada hal di tapak itu mungkin ada menara kayu yang tinggi untuk
melihat kapal lalu yang dibina oleh penduduk Melaka yang telah mereka(penjajah) robohkan
atau tumbang disebabkan reput.
4.Ada juga atas bukit tu, patung pendakyah kristian yang bertujuan untuk menunjukkan
bahawa mereka pernah mendakyahkan agama mereka kepada serata dunia, walaupun orang
Melayu sebenarnya telah Islam terlebih dahulu sebelum kedatangan mereka.
Lalu sebenarnya apa tujuan mereka datang?
No comments:
Post a Comment