Sunday, December 28, 2008

Nadi Penghuni ASTEKMA


Nadi bagi gerakan pelajar mana-mana asrama adalah SURAU. Malahan mana-mana komuniti sama ada kampung atau bandar - jika aktiviti surau atau masjid berjalan dengan baik maka masyarakatnya akan baik dan bekerjasama.
Oleh itu pada tahun 2009 kita akan fokus lebih banyak praogram kepada surau. Antara aktiviti yang sedia ada adalah ; (K = Kuliah)
1.1.K. Bulanan Cabaran Global-Pen. Kanan
1.2.K. Mingguan Wacana Remaja&Akhlak-PK Hem
1.3.K. Mingguan Minda Ilmu -Ketua Warden 1.4.K. Bulanan Fekah(Ustaz Luar) 1.5.K. Bulanan Tafsir(Ustaz Luar) 1.6.K.Mingguan Hadis(Guru Agama SMTSM) 1.7.K.Mingguan Taharah Wanita(Guru Agama SMTSM) 1.8 Kelas Mingguan Al-Quran 1.9 Usrah Khadijah -Bulanan
Tahun 2009 kita akan tingkatkan beberapa program yang boleh dinamakan sebagai kumpulan bimbingan atau usrah di kalangan pelajar lelaki kerana pelajar perempuan telahpun ada usrah mereka sendiri(melibatkan semua penghuni asrama puteri).
Antara kandungan usrah ialah
1. Peningkatan akhlak kepada kumpulan sasaran
2. Membetulkan bacaan al-Quran
3.Peningkatan Ilmu dikalangan kepimpinan asrama.
4.Mengasah bakat, kepimpinan dan keyakinan diri
Oleh itu kepimpinan asrama seperti pengawas, ajk surau, ketua blok dan ketua bilik wajib mengikuti usrah yang akan dipimpin oleh beberapa orang guru. Dan kita mengharapkan pelajar tingkatan 5 yang mengikut usrah ini akan mampu untuk membawa usrah dikalangan pelajar tingkatan 4 mulai bulan februari nanti dengan dipantau oleh warden.
Kelihatannya mudah tetapi dimana-mana juga apabila melibatkan aktiviti membaikpulih akhlak pelajar ianya melibatkan cabaran yang sungguh hebat.

Saturday, December 20, 2008

Kami Rindukan Asrama (5PKEE8-2007)




Kami rindukan asrama. Lama tidak mendengar bunyi matosikal cikgu.
Itulah ungkapan bekas pelajar 5PKEE8, iaitu pelajar batch 2006/07.

Mereka datang pada 20 Disember 2008 semata-mata kerana ingin mengimbau kenangan sewaktu tinggal di stesma.

Mereka semua adalah ahli STESMARIANZE iaitu persatuan bekas pelajar STESMA.

Pada asalnya mereka bercadang untuk bermalam di blok asrama tetapi memandang blok asrama telah dihuni oleh orang lain maka mereka diberi penghormatan dimana pelajar perempuan dibenarkan tinggal di rumah tetamu sementara pelajar lelaki di benarkan bermalam di rumah pengetua.
Kesemua mereka kelihatan ceria dan berjaya.
Sebahagian besar mereka kini sedang menyambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Politeknik Slim River,Politeknik Kulim,UITM,Mektrikulasi dan Kolej Swasta.
Semoga kesemua bekas penghuni astekma berjaya menjadi manusia berguna.

Friday, December 19, 2008

Tujuan Penjajahan
















Apakah sebenarnya tujuan penjajah datang dan tawan negara kita?
Alasan yang tercatat dalam buku sejarah ialah mereka ingin mendapatkan rempah ratus yang banyak terdapat di negara timur. Kalau orang barat zaman dahulu (Portugis,Belanda, Perancis, Inggeris Dll) banyak makan rempah sehingga sanggup datang ke negara kita menggunakan kapal kayu yang belum tentu balik dengan selamat, kenapa sekarang mereka tidak lagi makan rempah?
Sekarang tidak kedengaran mereka mengimpot ribuan tan rempah dari India, Malaysia atau Indonesia seperti mereka mengimpot minyak.
Kenapa komoduti utama antara kita dan mereka(barat) barang lain selain dari rempah. Jika benar mereka makan rempah ratus, seharusnya beribu ekar ladang rempah wujud di negara kita. Tapi kenapa ladang gambir, bunga lawang,cengkih,lada, kulit kayu manis, serai dan lain tidak dibeli oleh barat(sikit-sikit je) kecuali serai dibeli oleh Jerman untuk tujuan perubatan.
Mereka sebenarnya datang untuk;
1.Menyebar agama Kristian ekoran kekalahan mereka dalam perang salib dengan orang arab.
Jika dibiarkan orang arab menjajah dunia, mungkin agama Islam akan tersebar keseluruh
pelusuk dunia.
2.Mengangkut hasil mahsul negara yang lebih mundur teknologi, negara kecil atau kepulauan
kecil yang pentadbirannya tidak bersatu. Sementara negara besar seperti China, Jepun dan
Thailand merekapun bacul dan penakut juga.
3.Mereka akan sedar lama-kelamaan dunia akan maju (kerana pada masa itu mereka telah
maju). Antara sifat orang maju sanggup untuk menghabiskan jutaan ringgit kerana untuk
menjaga nama, menghargai sejarah dan mengkaji asal usul nenek moyang. Sebab itu segala
bahan yang dianggap berharga dari segi sejarah tanah air kita terpaksa kita lihat di muzium di
London atau Lisbon bukan di Muzium Negara.
Ini terbukti sewaktu penjajah Amarika Syarikat menyerang Irak untuk menjatuhkan Saddam
Husin, dimana kain baju Sadam Husinpun mereka bawa balik ke Amarika.

Antara Dua Nilai
















Nilai Sejarah. Nilai Penjajah.

Gambar-gambar yang saya paparkan adalah gambar yang saya ambil sewaktu lawatan ke Melaka bersama keluarga baru-baru ini.

Saya terfikir tentang dua nilai di atas yang perlu dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka seperti saya.
Nilai Sejarah
Ada satu pendapat menyatakan bahawa ini semua adalah peninggalan sejarah(yang amat tinggi nilainya) yang patut dikaji dan diselidiki oleh anak cucu kita. Tempat ini seharusnya dipelihara mungkin untuk ratusan tahun akan datang sebagai bukti sejarah.
Nilai Penjajah
Sebaliknya ada pendapat lain pula menyatakan apa sangat yang ada pada nilai seperti di atas.Itu hanyalah untuk menunjukkan bahawa kita pernah menjadi satu bangsa yang pernah dijajah oleh negara yang lebih maju iaitu Potugis, Belanda dan Inggeris.
Lebih dahsyat lagi apa perlu sangat kita mengekalkan semua itu, padahal;
1.Sekadar bekas binaan kota penjajah Potugis (dari tembok batu- masa tu orang Melayu cuma
pandai buat binaan dari kayu) untuk mengelak dari serangan penduduk Tanah
Melayu. Pengekalan ini menunjukkan kelemahan bangsa kita. Di mana senjata yang
digunakan oleh orang barat ialah bedil(senapang), orang melayu pula sekadar guna parang.
Sekadar buat tembok, ada lubang untuk muncung bedil, orang melayu dah tak mampu untuk
menghapuskan Benggali Putih walaupun beberapakali cubaan dibuat untuk menawan balik
bandar Melaka oleh orang melayu.
2.Di atas bukit itu cuma ada kubur Potugis dan Belanda sebagai bukti mereka pernah hidup,
makan, minum dan mati di Melayu. Dalam maksud lain telah menjajah negara kita, iaitu
mengutip segala benda yang berharga dan bawa balik ke negara mereka.
3.Di atas bukit juga ada rumah api yang mereka bina dari batu sebagai bukti mereka
mempunyai teknologi, pada hal di tapak itu mungkin ada menara kayu yang tinggi untuk
melihat kapal lalu yang dibina oleh penduduk Melaka yang telah mereka(penjajah) robohkan
atau tumbang disebabkan reput.
4.Ada juga atas bukit tu, patung pendakyah kristian yang bertujuan untuk menunjukkan
bahawa mereka pernah mendakyahkan agama mereka kepada serata dunia, walaupun orang
Melayu sebenarnya telah Islam terlebih dahulu sebelum kedatangan mereka.
Lalu sebenarnya apa tujuan mereka datang?





Saturday, December 13, 2008

Rakyat Malaysia dan Budaya MEMBACA


Saya ada terbaca artikel Adam Abd Jamal(Mingguan Wasilah 30.11.08) tentang budaya membaca rakyat Malaysia. Tulisan beliau dipetik,

"Rakyat Malaysia selalu dikenali sebagai masyarakat yang malas membaca di dunia. Tahap kemalasan itu diukur oleh dua kali kajian yang pernah dibuat iaitu kajian terawal bahawa rakyat malaysia membaca satu halaman buku setahun, dan kajian yang terkemudian merumuskan bahawa masyarakat malaysia membaca sebuah buku setahun".

Kajian terbaru oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pensyarah Kanan Jab Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM mendapati rakyat Malaysia hanya mendapat pengetahuan melalui pembacaan sebanyak 8% dan membaca buku cuma 3 buah setahun. Penemuan beliau yang agak menakjubkan bahawa kita (Malaysia) ada 500,000 blog/website yang terdiri dari pelbagai maklumat.

Walaupun kita orang Islam yang Allah turunkan Al-Quran dimulakan dengan Ikraq-Baca. Tetapi kita langsung tidak ambil peduli soal itu. Mungkin kita lebih seronok menonton TV rancangan ala Pak Nil yang menjurus kearah merosakkan jenerasi masa depan kita atau rancangan ala Pak WanAli yang saya kira amat memualkan. Dan kita menyimpulkan bahawa rancangan sebegitu cuma sekadar hiburan yang kita tonton secara berjamaah seisi keluarga.Kita pun menghabis masa menonton rancangan sebegitu.

Kita kena ubah cara hidup kita, jika ingin melihat jenerasi kita kebih maju, perihatin dan lebih trampil dari bangsa lain.
Jika anda baca artikel ini.....
1.tanya dirinya adakah anda selalu masuk kedia buku? beli buku?
2.Pernah tak anda masuk ke kedia buku......
1. Kinokuniya di KLCC (saya rasa kedia paling besa)
2. Borde di Berjaya Time Square
3. Harris / Popular di merata pusat membeli belah.
4. Menerva atau Mukmin di Jln Tengku Abdul Rahman
5.Atau kedai-kedai buku di sekitar kediaman anda?
Kalau jawapannya ya...tahniah anda tergolong dalam rakyat malaysia yang membaca buku lebih dari 3 buah setahun.

Friday, December 12, 2008

Membaca Al-Quran
















Membaca Al-Quran adalah WAJIB.

Sebagai orang Islam itulah panduan yang Allah turunkan kat kita.

Kalau tak wajib kenapa ibu bapa kita paksa kita mengaji ketika kita kecil dahulu.

Boleh dikatakan 9o% orang Islam boleh baca Al-Quran. 10% mungkin sewaktu kecil TERLALU BENAK atau mak bapak dia tak peduli langsung pasal ISLAM.

Walaupun kita tahu membaca Al-Quran.... kenapa setelah dewasa kita tidak membaca Al-Quran.
Kita mungkin tiada kesedaran, tidak tahu tentang kebaikannya atau malas...lebih baik menonton TV saja.

Saya telah lama membuat kajian tentang ini.

Membaca Al-Quran sangat banyak manfaatnya. Kat rumah kalau kita baca Al-Quran setiapkali lepas solat .... tidak ada siapaun mengetahuinya... saya pernah nak berurusan dengan seorang pengetua SMTSM. Selepas magrib saya berjalan ke rumahnya... saya tidak jadi untuk mengetuk pintunya apabila saya mendengar beliau sedang membaca Al-Quran.

Membaca Al-Quran banyak caranya.
Kalau anda baca sahaja...memang anda akan mendapat pahala, walaupun membaca dengan satu huruf sahaja. Tapi anda tidak tahu maknanya. Jadi kenapa anda sayang duit untuk membeli sebuah Al-Quran yang ada panduan tajwid berwarna(supaya rukun asas tajwid dapat dibetulkan) dan siap maknanya... alahai paling mahalpun RM 500. Apa sangat RM500 berbanding dengan teman kita waktu kita mati. Ya saya pernah dengar ceramah ustaz...menyatakan ayat-ayat Al-Quran yang kita baca akan menjadi teman kita selepas kita mati. Anda percaya? tepuk dada tanya IMAN. Tiada orang mati yang balik bagitahu yang dia amat sunyi keseorangan sewaktu dikuburan. Allahhuaklam.
Kalau membaca dengan menghayati maknanya(tadabbur) tentu lebih banyak pahalanya kan.

Lalu saya membuat kesimpulan.
1.Kita perlu membaca Al-Quran dengan nyaring dengan bacaan ayatnya (supaya pengaruh bacaan akan tempias kepada isi rumah termasuk ahli keluarga kita).

2.Lepas habis satu muka baca pula dengan nyaring maknanya dalam bahasa melayu.

3.Kemudian baru sambung muka seterusnya.

4.Habis 2,3 muka tandakan tarikh, surah dan ayat yang anda baca.

5.Anda akan tahu....

5.1.Adakah anda istiqamah dengan bacaan anda.
5.2.Berapa banyak ayat yang ada dalam satu-satu surah
5.3.Ada banyak cerita, undang-undang dan peraturan yang selama ini terkandung dalam Al-
Quran yang anda tidak tahu.
5.4.Selepas baca niatkan bahala bacaan kita(jika Allah beri pahala) dihadiahkan kepada ibu
bapa atau saudara kita(yang kita kasih atas sebab-sebab tertentu)[sama ada mereka
masih hidup atau telah mati]. -Mengikut kaedah Islam jika seseorang yang mati tidak
sempat membayar hutang-jika ada orang tolong membayar hutang, hutangnya akan
langsai.Begitu juga dengan pahala ni... mungkin dulu mereka tak sembat kerana sibuk
kita hadiahkan pahala kita.
5.5.Rupanya masa yang anda ambil untuk membaca Al-Quran untuk 2,3 muka dan
maknanya antara 15 hingga 20 minit je.
5.5. Anda rasa lebih tenang.
Wallah huaklam (bukan untuk berbangga tapi marilah kita sama-sama amalkan).

Thursday, December 11, 2008

Buku Agama Juga Perlu







Di samping membaca buru motivasi, saya juga membaca buku agama sebagai persediaan diri.... mungkin ada orang bertanya larat ke membaca banyak sangat ni....



bagi saya memang larat..sebahagian besar buku yang saya paparkan kat sini sebenarnya dah habis saya baca...kalau nak buat ulasanpun boleh tapi nanti jemulah pulak orang membacanya.

Hemmmm.... untuk pengetahuan ketika darjah 6 tahun 1979 saya menjadi naib johan pertandingan menulis semperna hari Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Seberang Prai Selatan. Ketika itu saya adalah Ketua Murid di sekolah berkenaan.

Ketika tahun 1 di UTM(1985), tulisan pertama saya telahpun disiarkan oleh akhbar watan. Selepas tamat diploma UTM(1999) saya telah diterima menjadi wartawan sambilan akhbar Minggu Utara sebelum mengambil keputusan untuk bekerja diindustri dengan kelulusan yang saya ada.

Jadi kalau saya suka dan minat membaca menang tidak salah.

Buku Motivasi La Pulak











Bermula cuti sekolah hari tu saya khatam buku sejarah. Sekarang ni saya tengah habiskan buku motivasi. Dalam cuti begini ada banyak masa, maklumlah penghuni asrama semua tiada, tambahan pula asrama tengah dibaikpulih oleh para penyelia bersama kontraktor.

Sebelum pelajar mendaftar pada 4 Januari 2009 saya ada beberapa minggu untuk mengembalikan semangat. Kalau setakat mengajar di kelas ramai guru boleh melakukannya... apa nak jadi kepada pelajar tidur ke, main ke, tak buat kerja ke...aku apa peduli...janji cukup bulan mendapat gaji. Guru macam ni memang agak popular di kalangan pelajar dan diketegorikan sebagai guru baik, tak kacau orang.

Tapi kalau anda seorang guru yang sering memberi nasihat atau teguran dan mengambil tindakan diatas salahlaku pelajar, anda akan dicop oleh pelajar dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan, dan pelajar akan memusuhi anda. Sebab itulah ramai guru yang mengambil jalan untuk "playsafe".......hanya beperanan dalam kelas sebagai pengajar je......
Sebagai warden yang mempunyai pilihan untuk tidak menjadi warden...kekadang semangat saya juga luntur dan berputusasa, tambahan pula dengan ragam ibubapa pelajar yang tidak "mesrawarden" tentulah kita merasa jemu, menyampah dan tak mahu buat kerja. Tapi apa kesudahannya.....lalu penyelesaian yang saya pilih ialah membawa buku-buku motivasi untuk mengembalikan semangat bekerja disamping mencari idea-idea baru untuk dilaksanakan pada tahun 2009. InsyaAllah saya akan teruskan janji sehingga disember 2009.

Wednesday, December 3, 2008

Tahniah Petugas PW 2008


Tahniah kepada petugas pejabat warden.Tahun ini merupakan tahun istimewa bagi petugas PW kerana tugas yang mereka jalankan agak cemerlang.

Saya tidak banyak campur tangan dalam tugasan harian mereka. Tingkahlaku penmghuni ASTEKMA pada keseluruhannya amat baik.

Tiada aktiviti dating terbuka, tiada pencerobohan aspuri dan tiada laporan tentang "fly"

Taniah penghuni ASTEKMA 2007/08.

STARJUMP
















STARJUMP. Itulah deda yang amat popular di kalangan penghuni ASTEKMA. Ini kerana setiap waktu suboh kedatangan akan diambil oleh Ustaz Mohd Fauzi. Pelajar yang lewat akan dikenakan starjump. Tahniah ustaz kerana istiqamah.
Jika ustaz Fauzi tiada biasanya saya akan buat tugasan tu. Tetapi saya tidak suka starjump. Saya lebih suka merotan.
Denda kepada pelajar??? satu kesalahan.... itulah kalau tanya pendapat ibu bapa. Mereka tidak boleh menerima kalau anak mereka kena denda. Tetapi Warden ASTEKMA tetap juga mendenda pelajar. Kenapa mendenda?? mestilah sebab pelajar buat salah.
Asrama tempat mendidik pelajar ke arah sempurna tingkah laku dan sikap.
Apa ciri-ciri sempurna sikap dan tingkah laku;
1.Tepati masa
2.Tidak ponteng program
3.Solat berjamaah setiap waktu
4.Mematuhi peraturan asrama dll
Lalu kalau ibu bapa tidak suka anaknya sempurna tingkah laku...JANGAN HANTAR ANAK KE ASRAMA. Kalau dah suka anak ke asrama janganlah asyik dengar cakap anak je, jangan beri segala kemewahan, jangan bagi handset dan sebagainya.
Bila timbul masalah, jumpa guru, tanya warden dan bincang dengan guru kelas. Semua tu kena ambil masa. jangan beri jawapan sibuk, hantar anak ke asramapun tak turun kereta. PUNYALA SIBUK.
Bagi handset kat anak lepas tu warden raspas handset...report terus kat kementerian... pegawai kat kementerianpun telefon pengetua, pengetuapun minta warden pulang balik handset kat budak tu, budak tupun bawa lagi..... hohoho... Ini macam cerita bagau oh bagau laaaa.... AMARAN TAHUN 2009 - KALAU PENGHUNI ASTEKMA BAWA HANDSET KENA RAMPAS TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Tuesday, December 2, 2008

Penangan Penghuni ASTEKMA
















Bahan Buangan.

Berharga, boleh digunakan dan tak patut dibuang.
Itulah setiap tahun warden alami.
Berilah beribu-ribu pesan, gunalah pelbagai kaedah.... barang buangan tetap ada.
Tapi tahun ini....agak sikit, tersusun dan teratur sebab;
1.Pelajar dibenarkan membawa balik barang yang tidak pakai ke kampung beberapa kali sepanjang peperiksaan SPM.
2.Pelajar yang ingin mewakafkan barang disediakan tempat.
3.AJK(pelajar sukarela) stayback dan memulakan kerja mengemas mulai jam 6 ptg hari akhir.
Apa yang warden buat setiap tahun;
1.Barang berharga - biasanya akan digunakan oleh staf Stesma
2.Buku-buku - disusun untuk kegunaan pelajar tahun hadapan
3.Pakaian - yang elok dicuci dan dihantar ke rumah anak yatim
4.Kertas/buku yang tidak boleh dipakai -dijual
5.Kasut- di wakaf ke surau atau diambil oleh tukang sapu.
Jika barangan anda tertinggal atau dirampas warden atau hilang atau tidak dituntut atau tuntut tak dapat.....redha sahajalah...niat sedekah, dapat pahala. Amin

Berakhirnya Satu Jenerasi











2
Disember 2008.... berakhirnya satu generasi penghuni ASTEKMA.
Selepas ini warden akan dapat tidur lena sehingga jenerasi baru tingkatan 5 mendaftar pada 4 Januari 2009.

Sehingga kini 2008 (bermula 1993) ASTEKMA telah mendidik 16 jenerasi. Pelbagai ragam bekas penghuni ASTEKMA.
Dari segi kejayaan dalam pelajaran ada sehingga telah hampir menamatkan Ph.D di oversea. Setakat SARJANA memang ramai dan Sarjana Muda memang tidak terkira, diploma poli bersepah dan sijil poli,ikm,ikbn dll ramai bangat.

Kegagalan??? pun ada juga setakat ini, khabarnya ada yang telah merengkok dalam penjara kerana kesalahan jenayah berat.
Itulah asam garam guru.
Selagi menjadi guru, setakat mampu kita boleh memberi bimbingan dan tunjukajar, tetapi murid sendiri akhirnya akan memilih sama ada jalan lurus atau bengkang-bengkok dan berduri.
Lepas ni jangan lupa joint stesmarianze.