Saturday, November 1, 2008

Semangat Penuh MEMBARA











Malam minggu lalu, PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan dan Ketua Warden En Azman Shabudin bersama warden asrama Ustaz Mohd Fauzi Mohd Nor telah menuipkan semangat kepada penghuni asrama yang menjadi calon SPM 2008.
Cikgu Azman memulakan ucapan dengan melahirkan perasaan ngeri kerana calon-calon SPM 2008 yang kelihat rilex dan tidak mempunyai semangat yang kuat dalam menghadapi peperiksaan SPM. Beliau banyak menyentuh pengalaman beliau sendiriketika belajar di SM Teknik PP (TI Penang) dan kejayaan yang ditempa oleh rakan-rakan sebilik beliau. Kesemua 6 orang yang berada sebaris di bilik beliau masuk universiti hasil prep secara berterusan dan ikut jadual.
Cikgu Wan terus memberi kesedaran dengan menceritakan pengalaman beliau sewaktu belajar di sekolah asrama penuh SM Sains Mohd Jiwa SP. Banyak pengalaman beliau terutama berkaitan dengan saat-saat akhir menghadapi SPM. Beliau menginsafkan pelajar tentang penggunaan handphone ketika musim peperiksaan. Hasilnya lebihkurang 30 pelajar berjanji untuk menyerah handphone kepada beliau.
Beliau mengakhirkan ucapan dengan doa yang begitu syadu sehingga ada pelajar yang menitis air mata.
Itulah PK Hem kita yang sentiasa bersemangat untuk menlihat anak bangsanya berjaya.

No comments: