Wednesday, October 29, 2008

Satu Kenangan







Satu kenangan.
Gambar saya, Cikgu Ghazali dan sebilangan gambar pelajar kursus PELUASAN.
Kursus peluasan adalah kursus kemahiran yang dipeluaskan kepada pelajar di sekolah yang ada disekitar Manjung.
Kami mengajar kemahiran menservis radio dan TV dan mereka mengambil amali SPM.
Kelas bermula 2.00-5.30 Petang, dua kali seminggu dan kami break untuk solat berjamaah bersama.
Kini SMT balik menawarkan kursus vokasional secara keseluruhannya mulai tahun 2009. Jadual waktunya balik kepada asal iaitu sebahagian pelajar dan guru akan balik antara jam 5-6 petang.
Gambar kedua diambil dalam dewan stesma. Dari kiri ustaz Mat Yassim Ibrahim, Cikgu Mohd Ali Abd kadir dan Allahyarham Cikgu Abu Kassim Abd Rahman. Baru-baru ini saya ditugaskan di SMT Sg Buloh. Saya telah didatangi oleh seorang guru, apabila beliau mengetahui yang saya dari SMT Manjung lalu beliau mengirim salam kepada Cikgu Abu Kassim.... sedihnya beliau tidak tahun bahawa sebenarnya cikgu Abu Kassim telah kembali ke rahmullah pada 12.5.2004. Semoga Allah mencucuri rahmatnya keatas roh Allahyarham Abu Kassim, seorang kawan yang baik.
Gambar ke tika ialah gambar kenangan saya, cikgu Ali, Cikgu Nyana dan Cikgu Jalal. Masa itu kesemua kami adalah warden di STESMA.

3 comments:

doktorvokz22 said...

alfatihah buat Cikgu Abu Kassim... gambar ini mengingatkan saya zaman persekolahan saya... tahun 1994-1995...

lolitas said...

alfatihah utk cikgu abu kassim jugak...

Tasmira said...

Al Fatihah ..saya sahabat arwah di sekolah SM Tengku Menteri.Hari ni saya search di internet..baru saya tahu beliau dah lama meninggalkan kita..arwah seorang yg sgt baik.Saya jg seorg guru di Semanggol, dan tdk tahu beliau sakit dan sudah tiada.Sedih dan pilu..