Saya memang minat sejarah, terutama sejarah tanah air kita.
Ketika musim cuti begini saya memang suka membaca. Sewaktu muda saya memang banyak menghabiskan masa membaca novel. Macam-macam ragam pengarang yang saya jumpa. Tetapi kesimpulan yang saya buat kalau novel cinta dan pengarangnya perempuan memang dia meletakkan perempuan cukup hebat dalam dunia ini...walaupun realitinya perempuan tak semua begitu.
Sejak akhir-akhir ini saya terfikir tentang sejarah kemerdekaan negara kita. Kenapa inggeris begitu mudah menyerah kemerdekaan kepada rakyat melaysia? cuma secara rundingan sahaja??? Sedangkan negara lain terpaksa berperang, dan kenapa pulak singapura yang sah kepunyaan orang melayu diserahkan kepada orang asing??? Di sudut hati kecil saya, ingin saya nyatakan sejarah yang tercatat pada buku yang saya baca selama ini adalah sejarah yang diasaskan oleh penjajah inggeris.
Ramai penulis dan pengkaji sejarah cenderung untuk melihat satu sudut sahaja dan berhujah supaya semua orang terima pendapat mereka.
Lalu saya mengkaji dan meneroka kedai-kedai buku untuk mendapatkan bahan sesuai.
Saya telah menghabiskan beberapa ratus untuk memiliki buku di atas dan tenyata berbaloi.
Dalam bukunya said zahari bekas ketua pengarang utusan yang melancarkan mogok telah mendedahkan sejarah sebenar....malaya-singapura.
Sementara buku memior abdullah CD, Abu Samah dan Islam,Melayu, Komunis dapat mengubah persepsi kita kepada golongan kiri.
Sewaktu menjadi student dulu saya ada membaca memior A Samad Ismail(telahpun meninggal dunia baru-baru ini) dan sekarang saya sedang mencari buku Memior Shamsuiah Fakeh(baru saya tahu kewujudannya) yang juga telah meninggal duni baru-baru ini.
Sebagai orang melayu rasanya perlu untuk kita mengkaji sejarah dan perjuangan bangsa kita agar kita tidak lupa asal usul nenek moyang kita yang berani melawan penjajah walaupun terpaksa mengorbankan kesenangan hidup.
No comments:
Post a Comment