Ketua Warden dan Penyelia Asrama (Azman dan Pn As (Nasrah)) berkesempatan menghadiri Seminar Keselamatan Makanan di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Hari ini dalam sejarah, walaupun dah sering mendengar nama MCKK dan telah 16 tahun tinggal dan mengajar di Perak, inilah kali pertama saya berpeluang untuk masuk dan melihat suasana kehidupan asrama mereka.
Ada banyak juga keistimewaan MCKK iaitu hampir kesemua pelajar yang saya temui amat bersopan dan pandai menghormati tetamu.
Celah-celah ceramah tu ada juga slot lawat jenaka dari team pi mai pi mai tang tu iaitu sabri yunus, pak uda mat busu, lucy dan seorang lagi yang saya tak tahu namanya.
No comments:
Post a Comment