Tuesday, October 21, 2008

SIBUKNYA PERTENGAHAN OKTOBER




Kebiasaannya guru bengkel amat sibuk ketika pertengahan oktober. Ini kerana peperiksaan amali SPM dijalankan dan dan ada sebahagian guru luar yang datang sebagai pemeriksaan dan pengawas ke sekolah kita dan ada juga guru sekolah kita yang diminta bertugas ke sekolah lain.

Ini menjadikan keadaan agak sibuk.

Serentak dengan ini saya dan cikgu Ghazali pula dijemput memberi sedikit taklimat mengenai subjek Lukisan geometri dan Teknologi ke SMT Slim River.

Di sana memang ramai kenalan. Terutamanya Pengetuanya iaitu En Abdul Hamid Pazal Mohamad. Rasanya sudah dua tahunaCikgu Hamid jadi pengetua di situ. Banyak sekali perubahan yang telah dilakukannya. Antaranya....ada kamera memerhati anda jika anda keluar masuk di pagar utama.

Kami berdua diberi layanan agak istimewa.
Tahniah Cikgu Hamid di atas segala perubahan, semoga SMT Slim lebih cemerlang.

No comments: