Tuesday, July 28, 2009

Bulan Julai/Ogos- Bulan Banteras Rokok


Sebenarnya sejak sekolah dibuka untuk penggal kedua, pihak warden telah mengambil keputusan untuk membasteras kegiatan dan aktiviti rokok di asrama.

Ianya bermula dengan taklimat PK Hem Cikgu wan Yusaini, Tazkirah oleh Ustaz Fauzi dan tindakan Ketua Warden Cikgu Azman.

Dalam taklimatnya PK Hem telah menjelaskan bahawa pelajar yang mengedar rokok akan diambil tindakan tegas termasuk gantung dan buang asrama untuk kali kedua.
Ust Mohd Fauzi pula menjelaskan tentang membazir dan perbuatan yang sia-sia serta boleh membawa penyakit bagi mereka yang terlalu kuat menghisap rokok.
Ketua warden Cikgu Azman menyambutnya dengan tidakan di mana pada suatu pagi, pelajar dari blok asrama dikumpulkan sebelum mereka ke sekolah.
Mereka diberi secebis kertas untuk ditulis nama pelajar yang mereka tahun ada menjual rokok.
Wow hebatnya, ada satu nama di mana 46 orang menulis mananya.
Pelajar tersebut dipanggil mengadap ketua warden.
Tetapi biasalah, dunia pelajar mana mahu mengaku.....tetapi amaran telah diberikan... kalau berani buat lagi...TANGKAP, BUANG ASRAMA.
Sebagai bekas pelajar anda tentu tahu keadaan ini, komen sikit.....

1 comment:

Unknown said...

Pelbagai cara nk seludup masuk rokok dalam asrama..tempat paling selamat simpan rokok kat atas loteng asrama..tapi senang kene curi la.hehe
Pengalaman jadi tokan blok J tahun 2001/2002