Sunday, November 30, 2008

Jamuan Penutup Ting 5
















Jamuan penutup ting 5 bererti sesi persekolah 2007/08 telah melabohkan tirainya.
Pelajar aliran vokasional akan meninggalkan asrama mulai jam 5.30ptg pada 1 Dis 2008 dan pelajar aliran teknik pada 2 Dis 2008.
Kini mereka akan menjadi ahli stesmarienze secara automatik.
Jamuan penutup dimulakan dengan ucapan. tujuan ucapan adalah untuk mengingatkan pelajar bagaiamana harus mereka menghadapi keadaan bila mereka tidak lagi menjadi penghuni asrama. Majlis telah dipengerusikan oleh Cikgu Daniel dan ucapan telah disampaikan oleh Ketua Warden En Azman, PK Hem En Wan Yusaini dan Pen Kanan Ust Mohd Lotpi.
Antara warden yang sempat hadia ialah GK En Shahabudin, En Mohd zaki, En Zulhafizi, EN Shariman, Ust Mohd Fauzi, Ustzh Roslina dan Cik Maznah.

Thursday, November 27, 2008

MINAT SEJARAH







Saya memang minat sejarah, terutama sejarah tanah air kita.
Ketika musim cuti begini saya memang suka membaca. Sewaktu muda saya memang banyak menghabiskan masa membaca novel. Macam-macam ragam pengarang yang saya jumpa. Tetapi kesimpulan yang saya buat kalau novel cinta dan pengarangnya perempuan memang dia meletakkan perempuan cukup hebat dalam dunia ini...walaupun realitinya perempuan tak semua begitu.
Sejak akhir-akhir ini saya terfikir tentang sejarah kemerdekaan negara kita. Kenapa inggeris begitu mudah menyerah kemerdekaan kepada rakyat melaysia? cuma secara rundingan sahaja??? Sedangkan negara lain terpaksa berperang, dan kenapa pulak singapura yang sah kepunyaan orang melayu diserahkan kepada orang asing??? Di sudut hati kecil saya, ingin saya nyatakan sejarah yang tercatat pada buku yang saya baca selama ini adalah sejarah yang diasaskan oleh penjajah inggeris.
Ramai penulis dan pengkaji sejarah cenderung untuk melihat satu sudut sahaja dan berhujah supaya semua orang terima pendapat mereka.
Lalu saya mengkaji dan meneroka kedai-kedai buku untuk mendapatkan bahan sesuai.
Saya telah menghabiskan beberapa ratus untuk memiliki buku di atas dan tenyata berbaloi.
Dalam bukunya said zahari bekas ketua pengarang utusan yang melancarkan mogok telah mendedahkan sejarah sebenar....malaya-singapura.
Sementara buku memior abdullah CD, Abu Samah dan Islam,Melayu, Komunis dapat mengubah persepsi kita kepada golongan kiri.
Sewaktu menjadi student dulu saya ada membaca memior A Samad Ismail(telahpun meninggal dunia baru-baru ini) dan sekarang saya sedang mencari buku Memior Shamsuiah Fakeh(baru saya tahu kewujudannya) yang juga telah meninggal duni baru-baru ini.
Sebagai orang melayu rasanya perlu untuk kita mengkaji sejarah dan perjuangan bangsa kita agar kita tidak lupa asal usul nenek moyang kita yang berani melawan penjajah walaupun terpaksa mengorbankan kesenangan hidup.

Sunday, November 23, 2008

Kursus di JB







Kursus di Johor Bahru bermula sebaik sahaja cuti sekolah.



Saya, Guru Kanan Vokey Cikgu Sahabudin, Cikgu Merzuki dan cikgu Fazlurahman telah berkesempatan berkursus di Msuites Hotel JB. Antara banyak hotel saya berkursus hotel ini agak menarik kerana bilik yang luas dan selesa di samping mengadap pantai Lido yang telah memberi 100 kenangan untuk saya.



Dalam perjalanan balik kami singgaah di Muar. Apalagi...asam pedas. Saya bukan peminat asam pedas...tapi asam pendas muar menyebabkan saya bercadang dalam cuti ni saya akan pergi sekali lagi ke muar.



(Dengan bantuan Alif-Tok Imam asrama 2007 - kami berjaya menjejaki tempat asam pedas paling sedap)

Lawatan Ke Melaka 1







Sebenarnya saya memang meminati sejarah. Sewaktu SRP saya mendapat A dalam sejarah dan oleh kerana saya mengambil SPM di SMT, subjek sejarah tidak ditawarkan sebaliknya kami diajar subjek geografi. Maka minat saya dalam sejarah hanya dipendam sahaja.



Sewaktu sekolah rendah saya pernah terbaca

tentang kehebatan Dol Said melawan Inggeris. Kebetulan dalam perjalan balik kami melalui daerah Naning tempat Dong said. Lalu kami menziarahi makam beliau.

Kami mulakan dengan memberi salam kepada penghuni kubor dan menghadiahkan bacaan surah fatihah untuk beliau dan para perjuang yang lain.

Lawatan Ke Melaka
















Sepanjang berkursus di Melaka saya berkesempatan melawat ke tempat-tempat menarik di negeri Hang Tuah tu.
Ini kerana kursus yang saya ikuti melibatkan waktu pejabat sahaja iaitu 8pg hingga 5 ptg.
Maka saya yang cikgu Yusof dapat menjelajah banyak tempat yang pasti kami solat magrib di merata masjid di Melaka.
Masjidnya agak menarik kerana usianya melabihi ratusan tahun dan bertuknya ada mirip binaan negara Laksemana Cheng Ho.

Minggu Akhir Persekolahan
















Minggu akhir persekolahan saya berkursus di Melaka bersama Cikgu Mohd Yusof Rahim Ketua Bengkel Elektronik yang baru.

Kursusnya memang menarik iaitu berkaitan dengan satu program baru sistem robotik menggunakan mikrochip berkaitan penggunaan corechat yang di sebut PIC(bukan PLC).

Oleh kerana kursus itu hanya melibatkan 20 peserta dari seluruh tanah air maka kami dilayan agak istimewa.
Sepanjang peninggalan saya,tugas Ketua Warden telah disempurnakan oleh En Daniel Farid dan beliau telah menjalankan tugas dengan baik sekali.

Tapi pelik juga....ada parent telafon saya...tanya betul ke saya dah bertukar sekolah...emmm nampaknya ade yang suka saya pergi.....alahhh tiba masanya kita akan pergi juga..... tiada yang kekal di satu-satu tempat dan tiada yang kekal di dunia ini.

Wednesday, November 12, 2008

SEMOGA ANDA BERJAYA DALAM SPM 2008

Minggu akhir saya berada di Melaka kerana mengikuti kursus micrichip. Saya doakan semua calon SPM 2008 berjaya. Rasanya dah banyak nasihat yang saya berikan. Terpulang pada anda untuk meneruskan perjuangan untuk kejayaan masa depan anda.
Saya doakan anda berjaya menjawab dengan cemerlang.

Saturday, November 8, 2008

QIAMMULLAIL











Malam sabtu lalu. Asrama anjurkan qiammullail. Semua penghuni asrama diwajibkan bangun jam 4.30 pagi. Tapi tahun ini agak berjaya kerana penghuni lelaki ada 5 dari9 saf dan penghuni perempuan ada 3 dari 6 saf .

Soalat sunat tasbih yang jarang sekali dibuat tu.....hingga ada yang terlelap ketika solattttt.

Tahniah semua penghuni asrama kerana ADA ORANG SEUMUR HIDUP TAK PERNAH BUAT SOLAT TASBIH.

Jamuan ASRAMA











Jamuan akhir tahun asrama tahun ini dibuat untuk semua pelajar dan guru.




Tahun ini jamuan raya tak sempat buat jadi jamuan akhir tahun sebagai gantinya. Setakat ini semua pihak agak berpuashati dengan hidangan dari pihak asrama.

Jamuan PEERS











Minggu ini penuh dengan jamuan.




Dari kelab guru hingga persatuan, unit unifrom,kelab, blok asrama...ade gak bilik asrama.




Kalau bilik asrama buat sesama penghuni dah le. Tak payah jemput warden atau ketua warden. Nanti kami jadi terlebih sibuklah pulak.

Saturday, November 1, 2008

Semangat Penuh MEMBARA











Malam minggu lalu, PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan dan Ketua Warden En Azman Shabudin bersama warden asrama Ustaz Mohd Fauzi Mohd Nor telah menuipkan semangat kepada penghuni asrama yang menjadi calon SPM 2008.
Cikgu Azman memulakan ucapan dengan melahirkan perasaan ngeri kerana calon-calon SPM 2008 yang kelihat rilex dan tidak mempunyai semangat yang kuat dalam menghadapi peperiksaan SPM. Beliau banyak menyentuh pengalaman beliau sendiriketika belajar di SM Teknik PP (TI Penang) dan kejayaan yang ditempa oleh rakan-rakan sebilik beliau. Kesemua 6 orang yang berada sebaris di bilik beliau masuk universiti hasil prep secara berterusan dan ikut jadual.
Cikgu Wan terus memberi kesedaran dengan menceritakan pengalaman beliau sewaktu belajar di sekolah asrama penuh SM Sains Mohd Jiwa SP. Banyak pengalaman beliau terutama berkaitan dengan saat-saat akhir menghadapi SPM. Beliau menginsafkan pelajar tentang penggunaan handphone ketika musim peperiksaan. Hasilnya lebihkurang 30 pelajar berjanji untuk menyerah handphone kepada beliau.
Beliau mengakhirkan ucapan dengan doa yang begitu syadu sehingga ada pelajar yang menitis air mata.
Itulah PK Hem kita yang sentiasa bersemangat untuk menlihat anak bangsanya berjaya.