Tuesday, December 15, 2009

Rokok,Rokok,Rokok

Racun pada Rokok
Rokok mengandung kurang lebih 4000 elemen-elemen, dan setidaknya 200 diantaranya dinyatakan berbahaya bagi kesehatan. Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin, dan karbon monoksida.
Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat lengket dan menempel pada paru-paru.
Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi syaraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen, dan mampu memicu kanker paru-paru yang mematikan.
Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Efek Racun
Efek racun pada rokok ini membuat pengisap asap rokok mengalami resiko (dibanding yang tidak mengisap asap rokok):
14x menderita kanker paru-paru, mulut, dan tenggorokan
4x menderita kanker esophagus
2x kanker kandung kemih
2x serangan jantung
Rokok juga meningkatkan resiko kefatalan bagi penderita pneumonia dan gagal jantung, serta tekanan darah tinggi.

Thursday, September 24, 2009

Selamatkah Kita?

Selamatkah kita........

Selamatkah kita dalam kehidupan dunia ini?
Secara logiknya manusia tidak akan rasa selamat, tenteram dan sejahtera, walaupun kita sudah memiliki segalanya, ada ibu ayah yang mampu memberi kemudahan, ada harta dunia, pekerjaan (atau belajar di stesma), ada kawan yang baik, ada kemudahan(kenderaan/rumah/handphone dll), ada peluang dan ada kudrat.
Selagi kita tidak ingat jaminan Allah bahawa semua manusia di atas dunia ini telah ditentukan tentang rezki mereka ketika mereka dalam perut ibu lagi.
Apa yang perlu kita buat hanyalah usaha dan ikhtiar sahaja. Jika Allah telah tentukan kita akan menjadi doktor, kita tetap akan menjadi doktor walaupun kita tersasar masuk belajar ke sekolah teknik (jangan jadi diktor untuk diri sendiri dah le?).

Apa yang perlu kita buat hanyalah....
1.Usaha - bersungguh-sungguh belajar.
2.Bertwakal - berserah kepada Allah supaya kita sentiasa kelihatan tenang dan semenangnya
kita merasakan diri kita tenang sentiasa.
3.Berdoa - supaya tuhan beri anugerah kepada kita seperti yang kita hajatkan.

Jika kita mampu untuk buat semua itu kita akan selamat di atas muka bumi ini, insyaAllah kita tidak akan menjadi golongan yang meminta-minta.

Tetapi setakat di atas dunia ini sahaja, bagaimana akhirat pula, selamatkah kita?????

Kita tidak akan selamat di akhirat jika kita tidak tahu........................
1.Apa itu negeri akhirat
2.Apa yang kita perlukan di akhirat
3.Apakah perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat.

Kalau kita sedar,... bahawa sebelum kita lahir kat dunia ini, kita berada dalam perut ibu, di manakah kita sebelum tinggal dalam perut ibu,......apakah kita bermula dengan tiada.... ternyata ramai yang keliru.
Siapa yang menciptakan manusia???? Allah.
Allah menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Manusia ada dua unsur. Iaitu
1. Roh 2. Jasad
Jasad manusia - daripada tiada kemudian ada dan balik tiada.-Guna jasad hanya untuk hidup di atas dunia sahaja. Jasad tidak akan boleh terus pergi ke akhirat kecuali dimatikan kat dunia dan dihidupkan kembali di alam akhirat.
Tetapi roh di cipta dari tiada kepada ada untuk selama-lamanya. Dan roh tidak akan mati untuk selamanya.
Manusia dikatakan hidup apabila roh ditiup(masuk) kepada jasad.
Dikatakan mati apabila dikeluarkan dari jasad.
Lalu bagaimana kita hendak selamat di negeri akhirat yang bermula dari alam kubur......

Kita akan selamat jika kita ada bekalan dan makanan.
Dalam perut ibu kita ada bekalan dari ibu, ibu makan segala makan dan zat itu kita dapat melalui uri yang bersambung dari perut kita kepada ibu.
Dalam dunia ini kita makan segala makanan melalui mulut yang ada gigi dan masuk ke perut.
Dalam alam akhirat apa pula makanan kita????

Kembalilah kepada Islam, carilah kebenaran dan panduan dari Allah.
Jangan belagak, sombong dan bongkak, walaupun mungkin anda kaya, jutawan, doktor, guru, ada 2 phD,ada 5 buah kereta......dll...Allah huaklam.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Idulfiri

Kepada Semua Pengunjung Blok dan Penghuni ASTEKMA.....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Segala ucapan, tindakan, nasihat, teguran, tingkahlaku dan perbuatan semuanya untuk memastikan pelajar berada dilandasan yang betul, sesuai dengan perintah dan ajaran ISLAM.
Tiada sebarang keuntungan yang saya inginkan.

Kalau dulu tahun 1993 saya menjadi seorang ketua warden, kini tahun 2009 saya masih lagi seorang ketua warden, masih setia.... sedangkan orang lain mungkin dah jadi guru kanan, penolong kanan dan pengetua kanan.

Lalu kalau anda terasa hati di atas ucapan dan nasihat saya, beribu kemaafan saya hulurkan.

Sunday, September 6, 2009

Main Mercun di Asrama

Ini lagi satu hal yang remeh tetapi menjadi serius jika dibiarkan berleluasa. Awal-awal lagi saya dah beri amaran dalam tazkirah ramadhan lalu.
Sesiapa yang membawa mercun ke asrama akan diambil tindakan gantung dan kesalahan kedua membolehkan dibuang dari asrama. Apasal? besar sangat ke kesalahan membawa mercun ni.
Pada saya membeli dan membakar mercun HUKUMNYA HARAM, sama seperti membakar rokok di mulut.
Emak bapa bagi duit untuk membeli makan. Bayangkan jik RM5 diambil dari perbelanjaan semata-mata untuk membeli mercun. Lepas tu bakar, meletup habis RM 5.
Tidak kah ini satu tindakan yang membazir. Tiada manfaat langsung.
Ingatlah ayat Allah, pembaziran itu adalah perkerjaan syaitan, barangsiapa yang membazir maka dia adalah saudara syaitan.
kalau cam 2 kenapa beli mercun, jual mercun atau bakar mercun. banyak lagi benda lain hendak dibuat.

Kenapa Pelajar Asrama Tak Posa?

Saya bertanya soalan itu kerana saban tahun ada sahaja pelajar (lelaki) yang ditangkap kerana tidak berpuasa di asrama.
Biasanya pelajar yang tidak berpuasa akan berbangga dan menunjuk-nunjuk yang dia tidak posa. Makanan yang biasa dimakan ialah mee maggi, nasi kandar mamak(yang di oder melalui pelajar luar), biskut atau rokok.
Ada laporan, tindakan keras pasti diambil seperti kena makan makanan yang dimakan ketika ditangkap sewaktu berbuka puasa dihadapan pelajar lain, nama diumumkan di khalayak, sebatan juga mungkin dikenakan.
Setiap tahun, kewajipan, kabaikan dan kelebihan bulan puasa akan diterang kepada pelajar tetapi ramai yang masih kelabu. harap-harap tahun ni tak der yang kena tangkap.

Sunday, August 30, 2009

Jom Balik Asrama


Hari ini 31 Ogos 2009, hari akhir persekolah selepas lebih 2 minggu cuti. Hari tu sekolah tutup 22 Ogos cuti seminggu je. Sebelum tu cuti khas H1N1 11-18 ogos 2009. Tapi bilangan peljar yang balik ke asrama adalah seramai 130 orang je dari 525 orang.
Di kalangan yang tak hadir tu ramai juga yang sengajar tidak datang kerana kononnya tiada wang belanja untuk 3 hari. Katanya untuk datang 3 hari kalau dari KL akan habis wang hampir RM100. Baik tak payah datang.
Itulah bentuk pemikiran pelajar kini yang akan menjadi jenerasi kita akan datang, memikirkan keuntungan kebendaan semata-mata.
Hari ini merupakan hari petama pelajar akan berbuka puasa di asrama bagi tingkatan 4, setelah seminggu berbuka bersama keluarga. Besok peperiksaan percubaan SPM akan bermula.
Tapi ada juga pelajar yang telefon saya kenonnya batuk dan demam, dan ndatang pepagi besok. Dengar alasanpun saya sudah tahu...hari ini dia datang ke Manjung berbuka di rumah saudaranya, pastu pepagi besok baru masuk sekolah.... itulah mental pelajar. Dengan mudah pula memperalatkan emak bapak untuk telefon beri alasan pada warden.

BUATLAH AMAL

Bulan puasa hanya setahun sekali je.
Buatlah banyak amal.
Cuba fikir dan buat amal secara terbalik sikit.
Contoh 1.
Kita selalu rasa yang kita ni boleh hidup sehingga umur kita 60 atau mungkin ada menyatakan dia nak hidup hingga 70 tahun. Cuba bayangkan yang kita ni mungkin mati besok, macam anak cikgu sulaimi 13 tahun dah meninggal.
Kalau kita dah jangka kita akan mati dalam masa terdekat tentu kita akan bersemangat untuk buat amal. Salah ke kita ingat mati walaupun kita masih muda. Ya memang semua orang takut mati, tapi setakut manapun kita ia akan datang juga pada kita. Alangkah ruginya kita kalau dia datang mengejut dan secara tiba-tiba sahaja, tentu kita tidak sempat untuk mintak ampun dan bertaubat.
Buatlah banyak amal di puasa ni. Segala amalan wajib diganjarkan berkali ganda, sementara amalan sunat pula diberi pahala menyemai pahala wajib.

Contoh 2.
Semua kita bangun jam 5 untuk makan(sahur). Kalau bukan sahur mana ada orang bangun semata-mata untuk makan. Alangkah baiknya kita kalau kita bangun awal 15 minit pastu buat solat sunat sikit, solat tahajjud, taubat, dll, mohon ampun, mohon kejayaan masa depan, mohon surga dll.

Kalau ikut hadis bulan ramadhan ni semua setan dah kena rantai, cuma ada nafsu kita je. Jadi kalau kita malas memang sah nafsu kita yang jahat dan kita langsung tidak lawan nafsu malas tu.
Maka memang layak untuk kita kena seksa di akhirat.