Sunday, September 28, 2008

Pesanan Akhir Ketua Warden


Kepada Semua Penghuni Astekma !!!
Masihkah anda ingat pesanan akhir saya sewaktu ada hendak balik kg kerana bercuti panjang kerana menyembut hari raya aidil fitri.
Kalau lupa biar saya ulangi,
"Kalau dapat duit raya jangan beli mercun kerana ia ibarat membakar duit"
"Kalau dapat duit raya jangan isi petrol dalam tangki motor dan merempit ke hulu, ke hilir kerana kalau mati, matinya seperti membunuh diri"
"Kalau dapat duit raya, jangan beli hanphone dan bawa handphone ke asrama kerana sesiapa yang kena RAMPAS handphonenya oleh warden nescaya handphonenya tidak akan dikembalikan"
"SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA, AMPUN MAAF ZAHIR BATIN"

Saturday, September 27, 2008

Lenggang & Sunyi






Lenggang dan Sunyi.

Itulah gambar yang boleh diberikan kepada suasana ASTEKMA ketika semua penghuninya balik ke kampung kerana hendak menyambut hari raya aidil fitri.

Saya dan beberapa warden masih lagi menjadi penghuni ASTEKMA yang setia.

Memerhati segenap pelusuk... melihat surau....melihat dm....melihat laluan gajah menyusur tempat perjalan kaki pelajar......

......bila mengenangkan selalu hiruk-pikuknya gamat sekali tapi kini tiada.....

kadang-kadang rasa terharu, sebak dan ingin mengalirkan air mata.

Rasa kasih dan cinta kepada pelajar begitu mencengkam di dada dan mengharukan.......

sayup,sunyi, sepi,bening dan terharu.


TETAPI, TETAPI, TETAPI........

APABILA Mengenangkan pelajar yang tidak pandai menghormati warden, bersikap kurang ajar dan biadap pabila berjumpa warden, tidak pernah senyum kepada warden, memberi surat layang kepada warden.......

.....aaaahhhh lantak kamu, kamu tiada lagi bagus,,,,,,,,,


itulah pertembungan dalam dada warden


Cabaran Ramadan




Cabaran ramadan- itulah yang saya faham mengenai tingkahlaku pelajar dibulan puasa terhadap masalah disiplin.

Tahun 2007 saya bersama PK Hem En wan Yusaini telah menghantar pulang dan menziarahi seorang pelajar di Kg gajah kerana sikapnya yang angkuh tidak menghormati guru.

Ramadan tahun ini kami telah melakukan perkara yang saya terhadap seorang pelajar perempuan. Kami terpaksa menghantarnya nun jauh di utara tanah air kerana sikap beliau yang tidak menghargai dirinya sendiri dan kemudahan yang diberikannya.

Pada 20 ramadhan lalu saya, PK Hem dan Warden En Shahabuddin telah menziarahi seorang penghuni asrama yang juga perempuan ke rumah datuknya di Lekir kerana sikapnya yang melanggar peraturan asrama.

Sepanjang ramadan ini kita memberi kemudahan untuk balik ke kampung setiap minggu tetapi bukan bermakna kita memberi kebebasan kepada pelajar bebas untuk keluar dari asrama dan merayau ke tempat lain seperti tumah kawan, lebih malang rumah bf atau rumah kapel.


Pesanan untuk penghuni asrama- BILA BALIK KG BALIKLAH KERUMAH IBU AYAH.

Bantuan Anak Yatim ASTEKMA



Perberian bantuan anak yatim di ASTEKMA memang sering diadakan. Ini adalah kerana kita mengharapkan anak-anak yatim yang tinggal di asrama sentiasa menyedari bahawa mereka sebenarnya dipedulikan oleh guru-guru dan orang lain.

Ini bertepatan dengan hadis nabi yang menekankan supaya kita tidak mengherdik atau menganiaya anak-anak yatim. Tetapi di asrama ini ada anak yatim yang nakal, buas dan agresif. Mereka ini perlu ditegur dan ditangani dengan betul. Tujuannya untuk membetulkan kesalahan dan tidak mengulangi kesalahan mereka di masa hadapan.

Bantuan anak yatim kali ini merupakan yang kedua pada tahun ini yang disampaikan oleh Tn PPD. Pada awal tahun dahulu majlis sebegini telah disampaikan oleh Tn Pengetua sendiri. Bantuan kali ini merupakan kismis minda, air zam zam, minuman delima, buah kurma dan duit raya dan disampaikan oleh Tn PPD selepas solat Tarawih di surau ASTEKMA.

Dan kita bercadang untuk memberi bantuan lagi kepada anak-anak yatim yang cemerlang dalam peperiksaan pencubaanSPM.

Terima kasih kepada penyumbang yang terdiri dari guru-guru, kaki tangan dan syarikat yang berurusan dengan pihak sekolah. Semoga dilimpahi rezki oleh Allah.

Ucapan Pegawai Pelajaran Manjung





Ketika berjumpa dengan para pelajar ASTEKMA menjadi satu kewajaran untuk Tuan PPD memberi nasihat dan teguran kepada penghuni asrama.

Beliau memulakan ucapan dengan menegaskan bahawa pelajar SMTSM amat bertuah kerana banyak peluang menyambung pelajaran dan pekerjaan terbentang luas. Beliau mencontohkan dua anak beliau yang pernah bersekolah di SMTSM kini terlah berjaya menjadi Engineer di TNB Jana Manjung.

Selain ini beliau meminta supaya pelajar menghapuskan kemiskinan yang ada pada diri pelajar dengan berlajar secara sistematik dan bersungguh-sungguh kerana sepanjang pemerhatian beliau kemiskinan masih mewarnai para pelajar terutama pelajar melayu yang tinggal di luar bandar.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua warden Asrama En Azman Shabudin.

Berbuka Puasa Bersama PPD






Majlis Berbuka Puasa Bersama PPD Manjung

Menjadi satu agenda tetap pada bulan ramadhan setiap tahun rombongan pegawai dari Pejabat Pelajaran daerah Manjung akan menziarahi semua asrama yang berada di sekitar Manjung tidak terkecuali ke ASTEKMA.
Tahun ini tuan PPD En Md Salleh Sudin sendiri memang berhasrat datang ke ASTEKMA kerana tahun lepas beliau terpaksa membatalkan hasratnya di saat-saat akhir kerana berlaku satu insiden ke atas keluarga beliau.
Kedatangan beliau disambut oleh Pengetua Kanan SMTSM Pn Siti Arfah Ibrahim bersama Penolong-penolong Kanan, Para Warden, guru-guru serta kakitangan dan para pelajar.
Tahun ini merupakan tahun yang mengembirakan kerana seramai 77 orang guru dan keluarga bersetuju untuk bersama dalam mejlis berkenaan.
Majlis berbuka puasa dimulakan oleh Khalifah Ust Mohd Fauzi dengan bacaan Tahlil, Alunan taubat, Asmaulhusna dan doa.
Selesai berbuka puasa tuan PPD bersolat magrib bersama para pelajar dan guru-guru.

Wednesday, September 3, 2008

Berbuka Puasa Bersama Penghuni Puteri






Bagi pelajar asrama, bulan puasa seharusnya menyeronokkan. Kerana pengalaman sebegini amat sukar dicari. Sewaktu saya di asrama duhulupun pengalaman sebegini saya telah tempuhi. Banyak memori indah telah dilakarkan dalam kotak fikiran. Hanya saya dan rakan yang sewaktu dengan saya sahaja yang dapat menjelaskan segalanya.

Bagi penghuni Astekma mereka bertuah kerana mempunyai dua dewan makan, satu untuk penghuni perempuan dan satu untuk penghuni lelaki.

Setiap hari ada sahaja warden berbuka puasa bersama mereka. Di mana satu jadual telah ditetapkan sama ada warden, penyelia asrama atau kakitangan sekolah berbuka puasa dengan mereka.

Suasana di DM perempuan agak tenang kerana DMnya lebih besar dan penghuninya agak berkurangan. Pelajar dibenarkan berbaris mulai jam 6.15Ptg untuk mengambil makanan dan selesai sekitar jam 7.00 mlm.

Mulai jam 7.00 pelajar akan berselawat, zikir munajat, mengalunkan asmaul husna dan membaca doa berbuka puasa secara beramai-ramai.

Matahari Terbit




Matahari terperbit seperti malas sahaja pada pagi semalam. Ianya juga kelihatan kemerah-merahan. Zaman dahulu ketika saya kanak-kanak, jika matahari terbit berwarna merah begini orang tua-tua selalu sebut matahari sakit. Mataharipun seperti manusia juga kadangkalanya sakit.

Tetapi yang pasti antara matahari dan kita yang memandang matahari ada segerombolan awan hitam yang menyebabkan cahaya matahari tidak sampai kepada kita dengan lancar.

Lalu sayapun sempat menangkap gambar matahari berkenaan.

Monday, September 1, 2008

Pemasangan Speaker di Tangki Utama






Semperna bulan ramadhan sistem untuk mengejut pelajar asrama bagun sahur perlu efektif. Sistem bunyi sama ada speaker ataupun siren digunakan supaya pelajar dapat menepati masa (maklumlah nak kejutkan orang suruh makan).

Lataran itu warden yang bertanggungjawab terhadap multimedia dan siaraya asrama En Mohd Zaki Demyati bersama beberapa muridnya telah bertindak memasang dan membiaki speaker corong di atas tangki air utama yang tingginya menyamai tingkat 5 bangunan.

Bukan kerja mudah. Itulah gambaran yang saya dapat berikan apabila En Zaki berbincang dengan saya untuk mebaiki speaker berkenaan.

Satu ketika dahulu saya sendiri pernah memanjat tangki berkenaan kerana ada pelajar melaporkan setiap malam ada pelajar memanjat tangki dan menconteng nama-nama warden...... tetapi alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati diri saya;

1. Tidak mampu untuk terus menapak setelah berada di paras 2.

2. Angin terlalu kuat menyapa tubuh saya.

3. Untuk turun semula saya terpaksa merangkak.

3. Permandangan memang cantik.

Selepas peristiwa itu saya tidak pernah lagi memanjat tangki berkenaan.

Jamuan Blok L






Jamuan Blok L

Blok L telah mengadakan jamuan pada 27 Ogos 2008 lalu, iaitu jamuan akhir tahun merangkap jamuan sambutan ramadhan.
Disamping meraikan mereka yang telah menjadi johan dalam permainan anjuran balok L, mereka juga meraikan Cikgu Mohd Ali Abd Kadir iaitu warden blok berkenaan pada tahun 2007.
Agak menarik jamuan ini diadakan di dewan sekolah dan paling istimewa gerai lambaian cendong tercegat di dahapan dewan bersedia untuk menyediakan hidangan kepada sesiapa yang mengemarinya. Tahniah Blok L.

Baikpulih Asrama Blok P






Pada cuti pertengahan semester 2 lalu kerja-kerja baikpulih blok P telah diadakan. Walaupun blok P merupakan blok asrama yang paling baru (blok P dan G siap dibina pada tahun 1999), tetapi merupakan blok asrama yang tidak mempunyai daya ketahanan fizikal yang mantap.

Di mana sistem bumbungnya ada beberapa masalah iaitu ada ketirisan apabila berlaku hujan lebat dan beberapa bilik dianggap tidak selamat untuk digunakan.

BPTV telah meluluskan peruntukkan untuk menukar bumbung. Agak menarik juga apabila penukaranya menggunakan kren dan perjalanan kerja dibuat dengan mengambil masa yang sedikit.

Terima kasih kepada pihak pengurusan - dari penghuni blok P.