Tuesday, April 28, 2009

PERSOALAN HANTU DAN HISTERIA

Minggu ni meletihkan lagi.
Ada seorang pelajar yang tidak sedarkan diri, meracau dan menjadi kuat seperti 'hulk' melawan semua orang yang memegangnya.
Sejak saya bersekolah asrama sekitar tahun 1883 hingga saya menjadi warden asrama 1993 dan kini dan kini tahun 2009. Cerita hantu dan histeria tidak perbah hilang.
Memang benar dakwaan Allah akan menunjukkan bukti bahawa makhluk halus jin,setan dan iblis itu memang wujud dan manusia pulak amat gemar membawa cerita hantu ini. Lalu wujudkan ia.
Sepanjang menjadi warden asrama, tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar sehinggakan hampir 70% pelajar ting5 blok H terkena histiria. Menjerit tak tentu pasal sehingga mengila. Puncanya hanya seorang pelajar yang bijak bercakap, mendakwa nampak hantu dan boleh berlakun pelbagai suara dan pelak.
Tahun ini dah 2, 3 kes tetapi tidak melibatkan ramai pelajar tetapi sudah cukup untuk menjadikan warden serik, bosan, boring dan putus asa.
Tugas warden tidak akan diiktiraf sebagai tugas rasmi, ianya hanya tugas sampingan tetapi amat membebankan kerana ia melibatkan waktu rehat, waktu bersama keluarga dan waktu santai.
walaupun seribu masalah yang melanda pada waktu selain dari waktu pejabat tentulah orang yang tidak pernah mengalaminya akan menghargai.
Kekadang saya sendiri kurang sabar dalam menangani masalah hantu dan histeria terutama yang melibatkan pelajar perempuan,....
persoalannya kenapa asalkan asrama, pasti ada histeria dan hantu,,,....kenapa ya???

Thursday, April 9, 2009

MANUSIA, BAHASA DAN BUDAYA

Manusia sering berubah.
Hari ini seorang manusia bercakap atas sesuatu perkara, percayalah bulan depan atau tahun depan manusia yang sama akan bercakap lain terhadap perkara yang sama.

Bahasa juga sering berubah.
Bila seorang PM memperkenalkan wawasan 2020, modal insan, cemerlang, gemilang dan terbilaang, semua orang mula menggunakan bahasa tu. Sikit lagi PM baru tentu akan perkenalkan perkataan baru maka akan ada orang guna perkataan tu dan lupala pulak perkataan yang lama-lama tu.
Saya pernah berusaha untuk menyimpan kad-kad jemputan kawin. Saya kahwin tahun 1990 lain rupa bahasa pada kadnya, sepupu saya kahwin tahun 1995 lain rupa bahasa pada kadnya, ada cikgu kita kahwin tahun 2000 lain pulak rupa bahasa pada kadnya. Orang kaahwin pada tahun 2005 lain juga bahasa pada kadnya dan kalau ada orang kahwin pada tahun2010 tentulah berbeza sama sekali bahasa yang tertera pada kadnya.

Budaya ialah cara berfikir.
Budaya tentulah amat berbeza antara manusia dengan manusia lain, muda dan tua. Lelaki dan perempuan lantara manusia dan bahasa sering berubah. Inikan pula budaya.

Lalu manusia, bahasa dan budaya sering berubah.
Manusia juga berubah dari hidup menuju mati.

Friday, April 3, 2009

Mahrajan Kesenian Islam Perak

3-4 April 2009, suasana asrama agak sibuk kerana dihuni oleh peserta mahrajan seramai 600 orang.
Solat magrib tadi pada dengan pelajar sekolah rendah.
Malam ni jalan dalam kawasan sekolah sesak teruk.
Ada orang luar tanya saya, acara apa ada kat teknik... saya jawab bagi yang tahu sahaja.
Ini kerana tiada sebarang papan tanda atau kain rentang digantung.
Kalau ada kain rentang rasanya kehadiran tetamu lagi padat....