Wednesday, May 13, 2009

Anugerah Sekolah Cemerlang

Tahun ini STESMA telah dipersetujui oleh semua SMT Perak untuk menjadi wakil Peraka dalam ASC.
Sebenarnya tahun 2007 kita telah masuk ASC dalam keregori asrama tetapi kita tidak menang, tahun ini kita cuba untuk peringkat kebangsaan.
Hari ini 14.5.09 baru ada lawatan nazir meronda ke seluruh kawasan sekolah termasuk asrama.
Antara perkara yang menarik perhatian mereka adalah Sistem Pergerakkan Penghuni Asrama Menggunakan Buku Pergerakkan(Buku merah) dan kad penghuni asrama.

Tuesday, May 5, 2009

MINGGU NI ADA MAKHLUK ASING

Untuk kali kedua buat diri saya sejak menjadi guru mulai1992, masuk tahun ketiga saya menjaga asrama.
Tahun pertama 2007 begitu banyak pelajar asrama fly. Tahun 2008 langsung tak dengar pelajar fly. Tahun ni 2009 bunyi balik perkataan fly.

Malam tadi jam 3 pagi saya dikejutkan oleh bunyi telefon, perkara begini bukanlah kali pertama dalam hidup saya sejak bergelar warden....hujan renyai-renyai.. rupanya pengawal keselamatan STESMA membuat laporan bahawa mereka sedang mengepong 3 pelajar yang berkeliaran di kawasan sekolah....walaupun malas, saya terpaksa tunjuk rajin kerana mereka merujuk kepada saya....saya keluar berkereta, berbincang dan bertanya hal berkenaan. Sekitar jam 3.50pagi baru selesai. Matapun dah tahu tak mahu lelap.

Nasihat, teguran, ucapan dan peringatan dah acapkali dibuat di surau, hampir setiap malam oleh saya, ustaz Fauzi ataupun PK Hem En Wan. Tapi jenis manusia pekak badak, langsung buat kering air liur je.(Tidak dinafikan lain lain tu, baik je...mau dengar kata...cuma yang pekak badak ni ada sekitar 1-2% je tapi busuknya kekadang satu dunia boleh bau).

Kesimpulan yang saya buat ..... pelajar yang suka buat hal begini merupakan pelajar yang sama dan tidak sesuai tinggal di asrama.
Kalau dapat tangkap BUANG JE DARI ASRAMA. MENYEMAK.